KELUPIS

Sarimah Binti Bujang atau lebih dikenali sebagai Cik Imah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau merupakan penduduk Kg Kuala Hilir Oya. Beliau telah mula menjalankan perniagaan Nasi Pulut Kelupis sejak 4 tahun lepas. Nasi Pulut Kelupis yang ditawarkan oleh Cik Imah datang dengan pelbagai jenis perisa seperti perisa original, pandan, kunyit, dan gula melaka. Pada kebiasaannya, musim perayaan Hari Raya Puasa akan mendapat permintaan yang tinggi dari komuniti sekitar. Bukan sahaja musim perayaan, Cik Imah juga menyediakan Nasi Pulut Kelupis kepada sesiapa yang ingin menjadikan menu Nasi Pulut dalam majlis-majlis rasmi, majlis perkahwinan dan majlis kesyukuran. Bagi sesiapa yang ingin menempah Nasi Pulut Kelupis Cik Imah, anda boleh hubungi terus beliau di Kg Kuala Hilir Oya atau di talian 013-8173760.

******************************************************************************************************************************

 

                                                             GST

Puan Dayang Raudah Binti Haji Awang Zainal atau lebih dikenali sebagai Mak Odah merupakan seorang usahawan tempatan yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan dan minuman. Beliau berasal dari Kampung Kuala Hilir Oya dimana terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi PI Kg Kuala Hilir OyaGerai Sup Tulang menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman antaranya Sup Tulang yang mana menjadi menu utama di gerai beliau. Harga yang dikenakan di atas makanan dan minuman yang disediakan adalah sangat berpatutan. Suasana di gerai milik beliau juga sangat menenangkan di mana terletak di kawasan bukan laluan utama. Bagi sesiapa yang ingin mencuba sendiri Sup Tulang Mak Odah, anda bolehlah pergi terus ke Gerai Sup Tulang beliau atau hubungi 019-8276554. 

******************************************************************************************************************************

Sub-kategori