Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
 
 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Kuala Hilir Oya menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
 JUMLAH KEAHLIAN :
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Kuala Hilir Oya telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2014. Ramai telah mendaftar diri dengan PEDi Kg Kuala Hilir Oya bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah
 

 AHLI LAMA

929

 AHLI BARU BULAN JULAI 2023

3
 KESELURUHAN PADA 1 OGOS 2023 932
 
 
 KENALI PETUGAS PEDi :

Untuk menjadi petugas PEDi, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas PEDi. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami;

                                                                                  NFB
        PENGURUS 
    NAMA : NOR FARIZSHA BINTI BOLHASAN
    MULA BERKHIDMAT : 03 JANUARI 2014 
 
 
 
                                                                                    WhatsApp Image 2023-05-27 at 12.50.49
        PENOLONG PENGURUS 
       NAMA : ALLYA BINTI HALPI
     MULA BERKHIDMAT : 16 APRIL 2023