Nama : Suraya Binti Suhaili
Umur : 42 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Puan Suraya Binti Suhaili atau lebih dkenali sebagai Puan Ya, 42 tahun merupakan antara salah seorang ahli Pusat Internet Komuniti Oya. Beliau tinggal di Kampung Kuala Hilir Oya iaitu kira-kira 30 meter dari PIK Oya. Beliau merupakan surirumah tangga sepenuh masa dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan PIK dalam perniagaan beliau, beliau hanya memperkenalkan produk jualan beliau secara manual kepada komuniti sekitar. Beliau hanya menjual kuih kering seperti biskut dan kuih-muih secara kecil-kecilan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT dan mengikuti pelbagai modul kelas usahawan yang ditawarkan oleh PIK Oya, beliau kini aktif menggunakan media sosial seperti Facebook dan Whatsapp sebagai medium untuk beliau mempromosikan produk secara lebih meluas. Beliau juga mendapat tempahan pelbagai kuih-muih daripada komuniti Daerah Kecil Oya. PIK juga membantu dalam mempromosikan perniagaan beliau di laman rasmi Facebook PIK Oya. Pendapatan sehari yang diperolehi beliau dari menjual kuih-muih dan biskut antara RM100.00 – RM200 sehari.

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************

Nama : Delima Binti Suhaili
Umur : 44 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Puan Delima Binti Suhaili atau lebih dkenali sebagai Puan Ima, 44 tahun merupakan antara ahli Pusat Internet Komuniti Oya yang terawal. Beliau tinggal di Kampung Kuala Hilir Oya iaitu kira-kira 30 meter dari PIK Oya. Beliau mempunyai dua orang anak yang bersekolah di sekolah menengah dan seorang lagi masih di sekolah rendah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan PIK dalam perniagaan beliau, beliau bekerja sebagai sebagai jururawat di Klinik Kesihatan Oya dan hanya memperkenalkan produk jualan beliau secara manual kepada rakan-rakan di tempat kerja.Pada mulanya, beliau hanya menjadikan produk jualan tersebut sebagai sumber pendapatan sampingan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT dan mengikuti pelbagai modul kelas usahawan yang ditawarkan oleh PIK Oya, beliau kini aktif menggunakan media sosial seperti Facebook dan Whatsapp sebagai medium untuk beliau mempromosikan produk secara lebih meluas. PIK juga membantu dalam mempromosikan perniagaan beliau di laman rasmi Facebook PIK Oya. Pendapatan sehari yang diperolehi beliau dari menjual produk kecantikan dan juga kesihatan adalah antara RM100.00 – RM200 sehari.

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************

Nama : Alifah Ilyana Binti Jeffery Lily
Umur : 21 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Cik Alifah Ilyana Binti Jeffery Lilly atau lebih dkenali sebagai Cik Alifah, berusia 21 tahun merupakan antara ahli Pusat Internet Komuniti Oya. Beliau tinggal di Jalan Muhibbah, Kampung Boom Oya iaitu kira-kira 60 meter dari PIK Oya. Beliau merupakan anak ke empat daripada lima adik-beradik. Bapa beliau merupakan Pembantu Tadbir Jabatan Kerja Raya dan ibu beliau merupakan surirumah tangga sepenuh masa. Beliau kini melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Sukan dan Rekreasi di UITM Samarahan, Kuching, Sarawak.Namun, beliau hanya meneruskan kelas secara atas talian sahaja sepanjang musim covid-19 ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan PIK dalam perniagaan beliau, beliau hanya menjadi ‘dropship’ untuk chocojar tersebut tanpa memegang sebarang stok yang sedia ada untuk dijual. Beliau hanya mempromosikan jualan secara atas talian, namun sambutan masih tidak memberangsangkan. Beliau kemudiannya mendapat idea untuk mendapatkan stok chocojar yang sedia ada tanpa perlu menunggu terlalu lama. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT dan mengikuti pelbagai modul kelas usahawan yang ditawarkan oleh PIK Oya, beliau kini aktif menggunakan media sosial seperti Facebook dan Whatsapp sebagai medium beliau mempromosikan produk beliau.. PIK juga membantu dalam mempromosikan perniagaan beliau di laman rasmi Facebook PIK Oya. Kini, Chocojar beliau mula mendapat sambutan dari pelanggan. Pendapatan sehari yang diperolehi beliau dari menjual Chocojar adalah antara RM100.00 – RM200 sehari.

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************

Nama : Nur Ain Binti Julhi
Umur : 19 tahun
Ahli : 2014

 

Latar Belakang

Nur Ain Binti Julhi merupakan ahli Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya pada tahun 2014. Nur Ain Binti Julhi atau lebih dikenali sebagai Ain merupakan anak keenam daripada Sembilan orang adik-beradik. Bapa beliau merupakan seorang nelayan. Manakala, ibu beliau merupakan seorang surirumah tangga sepenuh masa. Beliau tinggal bersama keluarganya di Kampung Terus Oya. Beliau merupakan seorang pelajar di Centexs Dalat dalam bidang Fesyen.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet, beliau tidak mempunyai kemahiran ICT. Pada mulanya, beliau tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang meluas tentang penggunaan komputer dan internet, walaupun usianya kini telah mencecah 19 tahun, hal ini kerana beliau tidak terdedah dengan penggunaan komputer dan internet.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

 

Selepas penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet dalam kehidupan Ain ketika beliau mengikuti aktiviti dan kelas yang dijalankan, beliau kini mengetahui asas penggunaan komputer dan internet. Beliau juga kini mampu menjalani kelas secara atas talian melalui pelbagai medium pembelajaran atas talian dengan lebih mudah. Beliau juga aktif mengikuti aktiviti dan kelas yang disediakan di Pusat Internet. 

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************

Nama : Noor Hidayah Binti Retnadi
Umur : 21 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Puan Noor Hidayah Binti Retnadi atau lebih dkenali sebagai Puan Na, 21 tahun merupakan antara ahli Pusat Internet Komuniti Oya yang terawal. Beliau tinggal di Kampung Kuala Hilir Oya iaitu kira-kira 50 meter dari PIK Oya. Beliau yang kini sudah mendirikan rumah tangga dengan Encik Muhammad Haziq Bin Saidin, pengusaha air tebu telah dikurniakan seorang anak perempuan. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan PIK dalam perniagaan beliau, beliau pada awalnya hanya membantu suaminya menjual air tebu di Pekan Sabtu Oya dan Pasar Minggu Dalat yang hanya akan beroperasi pada hujung minggu sahaja. Beliau mula mendapat idea untuk menjual ayam goreng ala KFC melalui media sosial yang memaparkan viral resipi ayam goreng ala KFC. Dairi situ, beliau mendapat idea untuk mencuba menjual ayam goreng. Beliau mula menjual di depan rumahnya, lokasi rumahnya agak terselindung. Waktu operasi perniaagaan ayam goreng Puan Na adalah bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 3.00 petang setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dan mengikuti pelbagai modul kelas usahawan yang ditawarkan oleh PIK Oya, beliau kini aktif menggunakan media sosial seperti Facebook dan Whatsapp sebagai medium beliau mempromosikan produk beliau dan suami. Malah beliau juga menerima tempahan dari komuniti sekitar melalui media sosial. PIK juga membantu dalam mempromosikan perniagaan beliau di laman rasmi Facebook PIK Oya. Beliau juga mula menjual ayam goreng beliau di tepi jalan kerana ianya lebih strategik dan mampu menarik lebih ramai pelanggan. Pendapatan sehari yang diperolehi beliau dari menjual ayam goreng adalah antara RM100.00 – RM200 sehari.

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************