Dalat
Jata bagi Dalat
Jata
Logo rasmi bagi Dalat
Daerah di Sarawak
Pejabat Daerah Dalat
Majlis Berkuasa Tempatan  
Keluasan
 • Jumlah 905.29 km2(349.53 batu persegi)
Penduduk (2010)
 • Jumlah 18,800
 • Kepadatan 21/km2 (54/batu persegi)
Pegawai Daerah Kueh Lei Poh
Daerah Kecil Oya
Pekan Dalat, Oya & Sungai Kut
Poskod 96300

Dalat merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di tepi Batang Oya,Sarawak. Dalat adalah pusat pentadbiran bagi daerah Dalat dan Oya di bawah Daerah Dalat.Dalat terletak di dalam bahagian Mukah,Sarawak.Daerah Dalat meliputi kawasan dari Kg. Penat ke Oya, dan dari Muara Sg. Kut ke Ulu Baoh.Oya merupakan sebuah desa di Bahagian Mukah Sarawak. Ia adalah kawasan perkampungan yang majoritinya ialah orang Melanau. Di Oya,kita sukar untuk menemui orang Melayu di kawasan ini. Di Oya pula ada sebuah Pekan yang dinamakan Pekan Oya yang sudah lama. Jika dari Sibu perjalanan selama kira-kira 3 jam akan diambil untuk sampai ke Oya. Majoriti penduduk di Oya menjadikan menangkap ikan dan bercucuk tanam sebagai perkerjaan mereka selain daripada bekerja di agensi kerajaan juga swasta. Terdapat 3 pekan, 23 buah kampung dan 22 rumah panjang di bawah pentadbiran daerah ini. Ahli Dewan Undangan Negeri Daerah Dalat ialah Datin Sri Hajah Fatimah Abdullah.



Terdapat banyak kemudahan yang telah dibina di pekan Dalat dan juga daerah Dalat.

Pekan Dalat dihubungkan dengan bandar Mukah, dan seterusnya Lebuhraya Pan-Borneo. Selain itu, Dalat juga dihubungkan dengan pekan-pekan lain di Bahangian Mukah, seperti pekan Oya, Matu, Igan, Daro dan Sg. Kut. Sebuah jambatan yang merentasi batang Oya turut dibina. Jambatan ini menghubungkan Sg. Kut dengan Pekan Dalat.

Dalat dihubungkan dengan bandar Bintulu dan Miri dengan adanya perkhidmatan bas ekspress setiap hari.

Jalan Sungai

Seperti juga tempat lain di Sarawak, pengangkutan sungai masih memainkan peranan yang penting dalam kalangan penduduk Dalat dan sekitarnya. Penduduk biasanya memiliki bot-bot kecil yang digunakan untuk pergi ke sesuatu tempat. Dalat juga dihubungkan dengan Sibu melalui perkhidmatan bot laju. Perjalanan dari Dalat ke Sibu memakan masa selama 2 jam, dan tambangnya pula adalah RM25. Bot-bot laju ini juga menghubungkan penduduk di sepanjang Batang Oya, Sungai Kut dan Batang Igan dengan bandar Sibu.Untuk Pekan Kecil Oya pula,jalan sungai jarang digunakan berikutan kemudahan pengangkutan berpusat di Dalat.Penduduk di sekitar Oya,lebih menggunakan perkhidmatan bas dari Mukah atau bot laju di Dalat.Sekiranya mempunyai pengangkutan sendiri,penduduk akan memandu sendiri ke destinasi yang ingi  dituju menggunakan jalan Darat Oya-Dalat & Oya-Mukah.

Kemudahan

Terdapat sebuah hospital kerajaan di pekan Dalat. Selain itu, terdapat juga Stadium Perpaduan, waterfront, pejabat pos, pejabat daerah dan sebagainya untuk kemudahan penduduk. Terdapat tiga sekolah menengah di daerah ini iaitu,Sekolah Menengah Kebangsaan Dalat,Sekolah Menengah Kebangsaan Oya dan Sekolah Agama Igan.Selain itu,Pekan Kecil Oya juga mempunyai sekolah rendah Datu Pengiran Mohd,Klinik Pekan Kecil Oya,Pasar Lama Oya,Pejabat Daerah Pekan Kecil Oya,Balai Polis,Padang Bola MDDM dan gelanggang futsal.

 

****************************************************************************************************************************

Sejarah Asal Nama Daerah Kecil Oya

Pada zaman dahulu, Daerah Kecil Oya yang wujud pada masa kini belum mempunyai nama. Pada suatu ketika, datanglah sebuah keluarga dari kawasan lain dan berhijrah ke sebatang sungai yang turut tidak mempunyai nama. Mereka berhasrat untuk membina perkampungan baru. Setelah sekian lama menetap di perkampungan itu, mereka melakukan pelbagai pekerjaan untuk mencari nafkah bagi kelangsungan hidup. Pekerjaan mereka adalah bercucuk tanam.Sepasang suami isteri yang turut tinggal di situ mempunyai seorang anak perempuan yang bernama YAK. Yak bermaksud anak dara dalam bahasa melanau. Pada suatu hari, bapa Yak memanggil anaknya dengan suara yang nyaring."Oii Yak".Panggilan tersebut bergema dari seberang sungai lalu terlintaslah difikirannya untuk menamakan tempat tersebut dengan nama 'OYA'.Maka terciptalah nama oya dan terus dikenali sehingga kini.