Seperti yang sedia maklum, Daerah Kecil Oya ini berada di kawasan pesisiran pantai serta sungai dan ini menjadi salah satu tarikan pelancongan di Daerah Kecil Oya. Pengunjung boleh menikmati keindahan matahari terbenam di kawasan Pantai Oya dan di tebingan Sungai Oya. Malah di setiap kawasan tarikan ini, terdapat gerai-gerai makanan seperti Cafe Oya (By the Beach), Puncak Saujana dan Selera Hujung Kampung yang berada di Pantai Oya, manakala Pedada Cafe dan Tebingan Bakong yang berada di tebingan Sungai Oya.

Selain itu, aktiviti riadah yang selalu dijalankan oleh pengunjung di Daerah Kecil Oya ini ialah aktiviti memancing ikan dan udang. Pengunjung boleh menjalankan aktiviti memancing ini di jeti-jeti yang terletak di Kampung Kuala Hilir Oya, Kampung Tengah Oya, Kampung Boom Oya, Pekan Sabtu Oya, Kampung Senau Oya serta di jambatan Oya-Igan.

 

Pantai Oya

sunset

 

Jeti di Kampung Kuala Hilir Oya

jeti

 

By the Beach Cafe

BY THE BEACH CAFE INTERIOR

Pekan Sabtu Oya

 

Oya Square