Sekolah Kebangsaan Datu Pengiran Mohamad

 
 

 

 

Sekolah Kebangsaan Datu Pengiran Mohamad
Moto BELAJAR DAN BERDISPLIN
Jenis Sekolah kebangsaanSekolah kerajaan
Guru Besar En Lias bin Haji Daud
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik En Sedek @ Sidek bin Hj Yusu
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Wadi Fatimah binti Suhai
Penolong Kanan Kokurikulum Pn Jaidah binti Isa
Kod sekolah YBE3501
Lokasi D/A Pejabat Pelajaran Daerah Dalat 96300, Dalat,, Sarawak Bumi Kenyalang Malaysia
Telefon 6084867225
Faks 6084867225

Sekolah Kebangsaan Datu Pengiran Mohamad atau nama ringkasnya SK Datu Pengiran Mohamad, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Dalat.

Pada 2016, Sekolah Kebangsaan Datu Pengiran Mohamad memiliki 213 pelajar lelaki dan 190 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 350 orang. Ia mempunyai seramai 35 orang guru dan 12 orang staf sokongan

Sejarah

Menyingkap sejarah pembangunan fizikalnya, sekolah ini dibina berdekatan dengan Sungai Batang Oya diatas tanah Encik Idris Bin Iman. Bangunannya berstrukturkan kayu dan berlantaikan nibongserta beratapkan daun rumbiadan berdindingkan daun nipah. Pada awal tahun 1930, bangunan baru dibina bagi menggantikan bangunan sekolah yang lamadan uzur. Struktur dan pelan bangunan hampir sama kecuali nama sekolah telah ditukar kepada” Sekolah Datu Pengiran Mohamad”dan dibawah seliaan Kerajaan British. Bilangan murid bertambah ramai dan murid yang berumur mendominasikan kelas-kelas standard dua dan dan tiga. Nama sekolah ini wujud bersempenadengan nama seorang pembesar tempatan ( SARAWAK NATIVE OFFICER (SNO) iaitu Datu Pengiran Mohamad.

Pada tahun 1941, sekolah ini telah diambilalih oleh pemerintahan jepun. Pada tahun 1945, urusan pentadbiran sekolah diambilalih oleh British setelah Jepun menyerah kalah. Justeru, keadaan sekolah belum begitu ramai murid dan penduduk tidak mahu pergi ke sekolah kerana masih ramai yang susah akibat peperangan dengan tentera Jepun. Seterusnya, pada tahun 1957, sekolah ini dibina semula dan strukturnya agak kuat, teguh dan tapak bangunan juga dipindah ke tempat yang lebih sesuai dan luas. Ramai anak orang Oya belajar di sekolah ini dan bahasa pengantar adalah Bahasa Inggeris disamping Bahasa Melayu diajar sebagai bahasa kedua ( Vermacular).

Setelah Sarawak membentuk Malaysia, keadaan sekolah ini berubah dan prestasi akademik lebih menyerlah cemerlang. Ramai murid yang lulus “ Common Entrance Examination”dan melanjutkan pelajaran keperingkat menengah dah university.

Pada tanggal 7 April 2014 warga SK DPM telah berpindah ke bangunan baru yang terletak dijalan Oya-Dalat. Justeru , SK DPM masih megah gagah dan tersergam indah serta redha untuk mencatat sejarah lantas dihayati oleh generasi muda dalam meniti dan menggapai ilmu pengetahuan. Disinilah para pendidik menabur jasa dan mentarbiakan murid agar lebih cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam senario Pendidikan, disiplin dan arena sukan.

 

 

 

 

 

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Oya 

Sekolah Menengah Kebangsaan Oya
Moto

Cemerlang Terus Cemerlang

                        Home of Excellence
FANTASTIK!
Ditubuhkan Jun 2004
Jenis Sekolah menengah kebangsaanSekolah kerajaan
Pengetua

i)Cikgu Madline John

 
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Tawaran Bin Gani
Kod sekolah YEA3501
Lokasi  Malaysia D/A Pejabat Pendidikan Daerah Dalat 96300, Dalat,, Sarawak Bumi KenyalangMalaysia
Nama singkatan SMK Oya
 

 

Telefon 6084867885
Faks 6084867433


Sekolah Menengah Kebangsaan Oya (SMK Oya) telah ditubuhkan pada 3 Januari 2004 dan beroperasi secara menumpang fasiliti di Sekolah Kebangsaan Datu Pengiran Mohamad Oya dengan 51 orang pelajar tingkatan 1, 6 orang guru dan 9 orang kakitangan sokongan. Pada 14 jun 2004, SMK Oya beroperasi sepenuhnya di tapak baru yang terletak di 1 KM dari Pekan Oya.

SMK Oya dibina secara ‘design and build’ di atas tapak dengan keluasan 20.615 hektar (50.95 ekar) dengan kos pembinaan berjumlah RM45 Juta. Pembinaan SMK Oya ini menjadikan ia sekolah menengah yang kedua dibina di Daerah Dalat dan yang kesepuluh di Bahagian Mukah.

SMK Oya terbentuk daripada empat blok akademik empat tingkat yang merangkumi Pejabat Pentadbiran, Pejabat Guru, 43 buah kelas, bilik sejarah, bilik matematik, bilik seni, makmal Bahasa, makmal computer, bilik cetak, bilik serbaguna, bilik setiausaha peperiksaan, bilik kaunseling, pusat sumber, pusat akses, bilik kesihatan, bilik koperasi sekolah, bilik persalinan, ruang serbaguna, tandas dan stor am.

Selain itu, prasarana lain di SMK Oya ialah Bangunan Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Mini Kuliah, Kantin, tangka Air, Surau, Stor Sukan, Dewan Makan, Asrama, Flat Kediaman guru dan kuarters guru. Di samping itu, kemudahan rekreasi sekolah terdiri daripada padang bola sepak, padang hoki, gelanggang sepak takraw dan gelanggang bola jaring.

Alamat

Sekolah Menengah Kebangsaan Oya
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Dalat
96300, Dalat
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6084867885
Fax = 6084867433