KELUPIS

Sarimah Binti Bujang atau lebih dikenali sebagai Cik Imah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau merupakan penduduk Kg Kuala Hilir Oya. Beliau telah mula menjalankan perniagaan Nasi Pulut Kelupis sejak 4 tahun lepas. Nasi Pulut Kelupis yang ditawarkan oleh Cik Imah datang dengan pelbagai jenis perisa seperti perisa original, pandan, kunyit, dan gula melaka. Pada kebiasaannya, musim perayaan Hari Raya Puasa akan mendapat permintaan yang tinggi dari komuniti sekitar. Bukan sahaja musim perayaan, Cik Imah juga menyediakan Nasi Pulut Kelupis kepada sesiapa yang ingin menjadikan menu Nasi Pulut dalam majlis-majlis rasmi, majlis perkahwinan dan majlis kesyukuran. Bagi sesiapa yang ingin menempah Nasi Pulut Kelupis Cik Imah, anda boleh hubungi terus beliau di Kg Kuala Hilir Oya atau di talian 013-8173760.

******************************************************************************************************************************