Komuniti Daerah Kecil Oya ini merupakan salah satu program di bawah Jabatan Penerangan Daerah Dalat. Komuniti ini yang dikendalikan oleh Pengerusi Encik Sulhi Bin Mahdzhar berperanan untuk merapatkan lagi hubungan dalam kalangan komuniti Daerah Oya.

Di samping itu juga,komuniti ini juga memainkan peranan untuk menyalurkan maklumat secara tepat mengenai kerajaan dan menerima serta melaporkan maklumat kepada penduduk Daerah Kecil Oya.

Komuniti ini dianggotai oleh golongan wanita dan belia seramai 32 ahli.