KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 1 : BIBI LYANA BINTI JAHAR

NAMA : BIBI LYANA BINTI JAHAR
ALAMAT : KAMPUNG KUALA TENGAH OYA
AHLI : 2016
BENTUK PERNIAGAAN : MAKANAN DAN MINUMAN

Bibi Lyana Binti Jahar merupakan ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah. Beliau menetap di Kg Kuala Tengah Oya bersama keluarganya. Beliau bekerja mengambil upah membersih sarang burung walit di sebuah kilang burung walit di Bandar Mukah. Pendapatan yang diperolehi beliau dengan mengambil upah membersih sarang burung ialah antara RM400.00 hingga RM500.00 sebulan. Dengan pendapatan sebanyak RM400.00 hingga RM500.00 ini, beliau terpaksa menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan beliau dan anak-anak beliau yang masih bersekolah. Beliau menjalankan perniagaan berasaskan buah pisang dan ubi kayu ini kerana ayah beliau mempunyai kebun pisang dan ubi kayu dan ini memudahkan beliau untuk mendapatkan bekalan buah pisang dan ubi kayu dengan harga yang rendah.

Sebelum penglibatan PI Kg Kuala Hilir Oya dalam perniagaan beliau, beliau mempunyai hasil pendapatan dari penjualan kerepek pisang dan kerepek ubi beliau adalah sebanyak RM100.00-RM150.00 sebulan. Beliau hanya menghasilkan kerepek sebulan sekali dan menghantar kerepek pisang dan kerepek ubi beliau ke kedai runcit yang berhampiran dengan rumahnya selain menjual sendiri di rumahnya. Pembungkusan kerepek pisang dan kerepek ubi beliau juga tidak menarik kerana hanya dibungkus di dalam plastik tanpa diletakkan nama produk dan nama beliau. Ini menyebabkan pembeli produk beliau sukar untuk mendapatkan semula produk tersebut sekiranya produk tersebut telah habis dijual di kedai runcit. Pembeli hanya akan mendapatkan semula produk tersebut sekiranya beliau menghantar stok baru ke kedai runcit tersebut.

Selepas mendaftar sebagai Ahli PI Kg Kuala Hilir Oya pada tahun 2016 semasa Program Hari Bersama Komuniti, beliau mula mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh pihak PI1M Kg Kuala Hilir Oya. Kelas pertama yang beliau sertai ialah Bengkel Pemasaran Atas Talian dan seterusnya diikuti oleh Bengkel Dashboard Komuniti MyShop. Selepas mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh pihak PI Kg Kuala Hilir Oya, beliau mula meminta nasihat dari petugas PI Kg Kuala Hilir Oya berhubung perniagaan beliau. Pada mulanya, pihak PI Kg Kuala Hilir Oya menasihati agar beliau meletakkan nombor untuk dihubungi serta alamat beliau bagi memudahkan pembeli produk beliau mendapatkan produk beliau dan seterusnya menasihati agar beliau menggunakan media sosial untuk dijadikan sebagai platform pemasaran kerepek pisang dan kerepek beliau selain menghantar ke kedai-kedai yang berada di kampung lain di mana tidak tertumpu di kedai berhampiran rumahnya sahaja. Kini, pendapatan beliau dalam penghasilan kerepek pisang dan kerepek ubi beliau mampu meraih pendapatan sebanyak RM200.00 hingga RM350.00 sebulan.

 

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 2 : NUR SUEHIRA BINTI GELAU

USAHAWAN KECIL ( BAKUL ANYAMAN, TIKAR ANYAMAN DAN SENI MANIK)

NAMA : NUR SUEHIRA BINTI GELAU
ALAMAT : KAMPUNG KUALA HILIR OYA
AHLI : 2015
BENTUK PERNIAGAAN : KRAFTANGAN

Puan Nur Suhiera Binti Gelau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau berasal dari Daerah Tatau Sarawak dan kini telah menetap di Kg Kuala Hilir Oya setelah mendirikan rumah tangga dengan penduduk tempatan. Beliau mempunyai tiga orang anak yang berusia antara 13 tahun hingga 8 tahun. Suaminya, Encik Suhazlan merupakan seorang pemandu lori. 

Sebelum penglibatan PI Kg Kuala Hilir Oya, Puan Nur Suehiera menjadikan aktiviti menganyam bakul, bag, dan tikar serta membuat aksesori dari manik sebagai hobi beliau di rumah. Beliau menggunakan masa terluang beliau ketika anak-anaknya ke sekolah dengan menghasilan bakul anyaman, bag anyaman, tikar serta aksesori dari manik. Beliau telah mempelajari ilmu kraftangan ini dari saudara-mara beliau ketika beliau menetap di rumah panjang keluarga beliau yang berada di Daerah Tatau.Beliau tidak merancang untuk menjadikan hobi beliau sebagai sumber pendapatan ketika itu iaitu sebelum penglibatan PI atau sebelum beliau mengikuti program-program yang dijalanlan di PI.

Selepas mengikuti Program Hari Bersama Komuniti yang dianjurkan oleh PI Kg Kuala Hilir Oya, beliau telah berdaftar sebagai ahli PI Kg Kuala Hilir Oya dan seterusnya mempelajari Asas Komputer. Selepas mengikuti Kelas Asas Komputer, beliau seterusnya mengikuti Program Usahawan dan bermula dari sini beliau berminat untuk menjadikan hobi beliau sebagai sumber pendapatan beliau. Beliau mula menjual bakul-bakul anyaman, bag anyaman, tikar serta aksesori manik yang telah beliau siapkan sebelum ini di rumah beliau. Seterusnya, beliau mula meletakkan hasil kraftangan beliau di PI Kg Kuala Hilir Oya dan menjualnya di Pekan Sabtu Oya. Beliau kini telah mempunyai pendapatan sendiri dan tidak bergantung sepenuhnya pada pendapatan suaminya.

 

 

KISAH KEJAYAN CELIK IT : NAJIHAH BINTI NASBEE

NAMA : NAJIHAH BINTI NASBEE
ALAMAT : KAMPUNG KUALA HILIR OYA
AHLI : 2016
KEMAHIRAN : MICROSOFT OFFICE

Najihah Binti Nasbee merupakan bekas Pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Oya dan pada tahun 2018,Najihah berusia 22 tahun dan telah bekera sebagai salah seorang kakitangan Amanah Ikthiar di Cawangan Kota Samarahan,Kuching Sarawak.Najihah telah menjadi ahli PI pada tahun 2016 dan aktif mengikuti kelas ICT sejak awal tahun lalu sebelum mendapat pekerjaan.

Najihah menjadi ahli Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya pada Program Literasi ICT dijalankan di PI. Dia sering kali bertanya bila kelas ICT akan dijalankan dan menyatakan beliau ingin belajar.Difahamkan,tahap kemahiran beliau mengenai penggunaan komputer sederhana sahaja.Disebab kan itu,petugas PI menyarankan beliau untuk mengikuti setiap modul yang dijalankan agar beliau lebih faham dari permulaan sehingga pengakhiran.Beliau juga menyatakan,ingin mempelajari mengenai Microsoft Office dengan lebih mendalam dan menguasai setiap aplikasi yang ada di dalam Microsoft Office.

Setelah berdaftar sebagai Ahli Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya, Najihah telah mengikuti Kelas Pengenalan Komputer, Microsoft Office, Internet dan E-Pembelajaran. Hasil menjalani pelbagai Kelas ICT seperti Asas Komputer dan Internet, Najihah kini dilihat lebih yakin untuk menggunakan teknologi komputer dan internet. Beliau kini boleh menaip, mecari sesuatu malumat di internet, memuat turun maklumat, memindahkan dokumen dan sebagainya yang berkaitan asas penggunaan komputer.Selain itu juga,beliau sekarang ini sudah menguasai dengan baik mengenai Microsoft Office terutamanya,cara penggunaan dan fungsi dengan betul setiap aplikasi tersebut,sebagai contoh Microsoft Word,Excel dan Power Point.