Latar belakang

Puan Dayang Raudah Binti Haji Awang Zainal atau lebih dikenali sebagai Mak Odah merupakan seorang usahawan tempatan yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan dan minuman.Beliau tinggal di Kampung Kuala Hilir Oya dimana terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya bersama keluarganya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan beliau pada tahun 2017, perniagaan beliau belum mendapat pasaran di mana disebabkan lokasi perniagaan beliau yang terletak di hadapan rumah beliau dan bukan terletak di jalan utama. Malah, pemasaran yang dilakukan juga tidak aktif. Pemasaran yang dijalankan lebih kepada secara bukan atas talian dan ini menyebabkan perniagaan yang dijalankan oleh Mak Odah tidak dikenali ramai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT perniagaan beliau mula dikenali dan mendapat sambutan dari komuniti setempat serta orang luar kawasan Daerah Kecil Oya. Dengan sedikit pengetahuan tentang penggunaan aplikasi komunikasi seperti Facebook dan Whatsapp mampu membantu perniagaan Mak Odah tetap berjalan walaupun berlakunya pandemic Covid-19 yang mana membataskan pergerakkan serta operasi perniagaan. Kini, perniagaan beliau bergantung kepada penggunaan ICT dalam memasarkan produk, mengambil tempahan, mendapatkan bahan mentah dan sebagainya. Dengan penggunaan ICT dalam perniagaan ini banyak membantu Mak Odah dalam meneruskan urusan perniagaan beliau serta mencari pendapatan untuk beliau dan keluarga.

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************

Nama : Zurini Binti Sulhi
Umur : 40 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Puan Zurini Binti Sulhi atau lebih dikenali sebagai Kak Ani merupakan seorang peniaga gerai makan yang terletak di Simpang Mukah-Oya-Dalat. Kedai makan yang diberi nama D’Hentian Corner ini diusahakan oleh Puan Zurini sekeluarga sepenuhnya. Pendapatan keluarga Puan Zurini bergantung sepenuhnya pada pendapatan hasil jualan gerai makan mereka Mereka sekeluarga tinggal di Kampung Kuala Hilir Oya di mana terletak kira-kira 1kilometer dari Pusat Internet Kampung Kuala Hilir Oya. Puan Zurini sekeluarga merupakan antara penduduk setempat yang terawal mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada tahun 2014.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, perniagaan beliau bergantung sepenuhnya dengan pemasaran secara bukan atas talian. Pemasaran beliau hanya berlaku di gerai makan dan ini menyebabkan pasaran beliau terhad dan tertumpu kepada penduduk sekitar sahaja. Sebelum membuka kedai makan di persimpangan Simpang Mukah-Oya-Dalat, beliau memulakan perniagaan beliau di gerai makan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang terletak di Oya Square iaitu berhadapan Pasar Oya. Namun gerai ini hanya dibuka pada sebelah petang sahaja. Setelah 2tahun beroperasi di Oya Square, Puan Zurini memutuskan untuk membuka kedai makan di persimpangan Mukah-Oya-Dalat. Kedai Makan Puan Zurini merupakan satu-satunya kedai makan di persimpangan tersebut dan keadaan ini sangat memerlukan Puan Zurini untuk membuat pemasaran di atas talian agar sasaran pasaran mengetahui keberadaan kedai makan yang diusahakan oleh Puan Zurini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dalam urusan perniagaan beliau, perniagaan mula dikenali oleh orang luar kawasan Daerah Kecil Oya seperti dari Dalat dan Mukah. Selain lokasi yang strategic iaitu berada di persimpangan Mukah-Oya-Dalat, penggunaan internet dan aplikasi media social seperti Facebook dan WhatsApp juga memain peranan penting dalam meningkatkan prestasi kedai makan milik beliau sekeluarga terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan yang telah diumumkan oleh kerajaan. Memandangkan pendapatan keluarga Puan Zurini bergantung kepada pendapatan kedai makan tersebut. Namun, dengan kemahiran dan pengetahuan yang telah dipelajari, beliau mampu meneruskan perniagaan beliau dengan memasarkan produk beliau di media social serta mengambil tempahan melalui aplikasi seperti WhatsApp.

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************

Nama : Sharifah Ridhwana Binti Wan Semawi
Umur : 31 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Puan Sharifah Ridhwana Binti Wan Semawi merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan pelbagai jenis aksesori dan wangian secara kecil-kecilan.Beliau tinggal bersama suami kedua ibubapanya di Kampung Kuala Hilir Oya. Beliau kini berusia 31 tahun dan giat menjalankan perniagaan beliau secara bukan atas talian dan atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perusahaan beliau, perniagaan beliau tidak begitu mendapat sambutan berikutan kurangnya pemasaran dalam perniagaan beliau. Beliau memulakan perniagaan beliau pada tahun awal Januari 2020, namun pada awalnya masih belum begitu mendapat sambutan. Malah, jumlah variasi aksesori dan minyak wangi beliau adalah terhad dan belum mempunyai gerai secara persendirian.Tempahan atau pembelian yang beliau terima juga hanya daripada komuniti sekitar dan secara tidak langsung, pendapatan beliau juga tidak tinggi jika dibandingkan dengan pendapatan beliau sekarang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dalam perniagaan beliau pada awal Februari 2020, perniagaan beliau mulai berkembang dan semakin ramai pembeli daripada pelbagai pihak selain komuniti setempat seperti tempahan daripada pelbagai agensi serta komuniti luar Daerah Kecil Oya. Tempahan aksesori atau minyak wangi beliau juga meningkat berikutan beliau juga kini menerima tempahan secara atas talian. Selain itu, melalui kemudahan internet, beliau kini mampu menyediakan sebuah gerai di hadapan rumah beliau untuk memudahkan pelanggan untuk membeli secara langsung.

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************

Nama : Mohd Didi Aqasha Bin Jahar
Umur : 18 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Adik Mohd Didi Aqasha merupakan seorang lepasan sekolah. Beliau baru sahaja menghabiskan pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019. Beliau merupakan antara ahli yang pertama mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada tahun 2014 iaitu ketika beliau berusia 12 tahun. Beliau kini tinggal bersama keluarganya di Kampung Kuala Tengah Oya iaitu kira-kira 5kilometer dari lokasi Pusat Internet Kampung Kuala Hilir Oya. Beliau yang baru sahaja menghabiskan pelajaran di peringkat SPM telah mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di kediaman keluarga beliau dan menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan-pelanggan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, Adik Mohd Didi Aqasha atau yang lebih dikenali sebagai Adik Didi tidak terfikir untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sementara menunggu keputusan SPM atau mendapatkan pekerjaan. Bagi menampung perbelanjaan beliau, dengan ajakan dari kawan rapatnya, Ibnu Abas Bin Sufian yang juga merupakan seorang ahli PI yang dijadikan sebagai Kisah Kejayaan pada tahun 2019 dan tunjuk ajar dari pihak Pusat Internet, beliau mula menjual pelbagai jenis makanan dan minuman di media sosial. Beliau juga mengajak ibunya, Norhajar Binti Abdullah yang merupakan suri rumah sepenuh masa untuk sama-sama menjalankan perniagaan kecil-kecilan ini. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan PI, Adik Didi giat menjual atau mengiklankan produk yang disediakan oleh beliau dan ibunya. Malah, beliau juga telah mempelajari cara mengambil gambar produk dan pengiklanan agar lebih menarik. Malah, beliau juga mengikuti “trend” perniagaan berasaskan makanan dan minuman sekarang iaitu dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran. Perkhidmatan ini telah menyumbang sedikit pendapatan dari hanya menjual di kediaman keluarga beliau. Pemasaran dan aktiviti jual beli yang dijalankan oleh Adik Didi ini kebanyakkannya bergantung dengan penggunaan ICT dan ini telah memudahkan beliau serta memberi pendapatan kepada beliau serta keluarga.

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************

KISAH KEJAYAAN ICT : AHMAD DRAHMAN BIN MOHAMAD ZABIDI

Nama : Ahmad Drahman Bin Mohamad Zabidi
Umur : 10 tahun
Ahli : 2019

 

Latar Belakang

Adik Ahmad Drahman merupakan ahli Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya pada Mac tahun 2019. Adik Ahmad Drahman atau lebih dikenali sebagai Adik Ahmad merupakan anak ketiga dari lima adik-beradik. Beliau tinggal bersama keluarganya di Kampung Kuala Hilir Oya..Adik Ahmad kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Datu Pengiran Mohamad Oya dan merupakan pelajar Tahun 4 di sekolah tersebut.Ibu beliau merupakan usahawan kuih-muih manakala ayahnya bekerja sebagai penyelia ladang.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet, Adik Ahmad Drahman tidak mempunyai kemahiran ICT. Adik Ahmad mula terlibat dengan aktiviti Pusat Internet ketika beliau berusia 10 tahun. Pada mulanya, Adik Ahmad tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang penggunaan komputer dan internet, walaupun usianya telah mencecah 10 tahun, hal ini kerana beliau tidak terdedah dengan penggunaan komputer dan internet. Pendek kata, Adik Ahmad tidak mempunyai asas dalam penggunaan komputer dan internet. 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet dalam kehidupan Adik Ahmad ketika beliau berusia 10 tahun, Adik Ahmad kini mengetahui asas penggunaan komputer dan internet. Adik Ahmad juga kini mampu memberi tunjuk ajar kepada adik-adiknya dan juga rakan-rakan beliau. Adik Ahmad boleh dikatakan hampir setiap hari akan mengunjungi Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya dan menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet. Adik Ahmad akan menonton Youtube, melayari laman web Kahoot Games, menaip, membaca,mengeja dan sebagainya tanpa meminta tunjuk ajar daripada petugas. Beliau juga aktif mengikuti aktiviti dan kelas yang disediakan di pusat internet. 

 

Gambar Di Sini

*******************************************************************************