Kumpulan Zikir Marhaban Oya ini dianggotai seramai 25 ahli yang terdiri daripada Kaum Wanita dan Belia sekitar Kg Kuala Hilir Oya.Kumpulan ini diketuai oleh Encik Sulhi Bin Mahzdar juga selaku memeriahkan,menjayakan lagi setiap majlis-majlis yang disertai Kumpulan Zikir Marhaban ini.

Antara majlis-majlis yang seringkali disertai oleh Kumpulan ini adalah majlis perkahwinan,Akikah,Maulidur Rasul dan acara-acara rasmi.

Kumpulan ini sangat bergiat aktif dari masa ke semasa.Mereka akan membuat latihan 3 kali seminggu di Balairaya Kampung.Pelbagai bentuk runut alunan muzik dan cara penyampaian diubah dari masa ke semasa.

Diharapkan lebih ramai anak muda di Daerah Kecil Oya turut sama menyertai dan mendalami adat berzikir marhaban ini.