Nama : Siti Nur Haidda Binti Jais
Umur : 18 tahun
Ahli : 2020

 

Latar Belakang

Siti Nur Haidda Binti Jais merupakan ahli Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya pada Ogos tahun 2020.Siti Nur Haidda Binti Jais atau lebih dikenali sebagai Haidda merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik. Beliau tinggal bersama keluarganya di Kampung Tengah Oya.Beliau merupakan seorang pelajar di Asia Metropolitan College Kuching, Sarawak dan kini beliau hanya mengikuti kelas secara atas talian disebabkan kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet, Siti Nur Haidda Binti Jais tidak mempunyai kemahiran ICT.Pada mulanya, Haidda tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang meluas tentang penggunaan komputer dan internet, walaupun usianya kini telah mencecah 18 tahun, hal ini kerana beliau tidak terdedah dengan penggunaan komputer dan internet.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet dalam kehidupan Haidda ketika beliau mengikuti aktiviti dan kelas yang dijalankan, Haidda kini mengetahui asas penggunaan komputer dan internet. Haidda juga kini mampu menjalani kelas secara atas talian dengan lebih mudah. Beliau juga aktif mengikuti aktiviti dan kelas yang disediakan di Pusat Internet. 

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************

Nama : Nur Aqidah Binti Hamdan
Umur : 20 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Cik Nur Aqidah Binti Hamdan atau lebih dikenali sebagai Qidah merupakan seorang pelajar di Universiti Teknologi Mukah cawangan Mukah dan kini menjadi pelajar tahun akhir dalam Diploma Pengajian Perniagaan. Beliau merupakan anak sulung dari empat orang adik beradik.Beliau kini tinggal bersama keluarganya di Kampung Kuala Tengah Oya, kira-kira 6 kilometer dari lokasi Pusat Internet Kampung Kuala Hilir Oya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan beliau pada tahun 2018, perniagaan beliau belum mendapat sambutan kerana beliau masih kurang pengetahuan tentang pemasaran dan penggunaan ICT.Malah, pemasaran yang dilakukan juga tidak aktif. Pemasaran yang dijalankan lebih kepada secara bukan atas talian dan ini menyebabkan perniagaan beliau, Pes Laksa Sarawak masih tidak dikenali ramai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dalam perniagaan beliau mula dikenali dan mendapat sambutan dari komuniti setempat serta orang luar dari kawasan Daerah Kecil Oya.Dengan sedikit pengetahuan tentang penggunaan aplikasi komunikasi seperti Facebook dan Whatsapp mampu membantu perniagaan Cik Aqidah tetap berjalan walaupun berlakunya pandemic Covid-19 yang mana membataskan pergerakkan serta operasi perniagaan. Kini, perniagaan beliau bergantung kepada penggunaan ICT dalam memasarkan produk, mengambil tempahan, mendapatkan stok Pes Laksa dan sebagainya.Beliau juga menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan-pelanggan beliau. Dengan penggunaan ICT dalam perniagaan ini banyak membantu Cik Aqidah dalam meneruskan urusan perniagaan beliau serta mencari pendapatan sampingan untuk beliau dan keluarga. 

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************

Nama : Nur Syaza Binti Patihi
Umur : 10 tahun
Ahli : 2020

 

Latar Belakang

Adik Nur Syaza Binti Patihi merupakan ahli Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya pada Februari tahun 2020. Adik Nur Syaza Binti Patihi atau lebih dikenali sebagai Adik Syaza merupakan anak keempat daripada lima adik-beradik. Beliau tinggal bersama keluarganya di Kampung Senau Hilir Oya.Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Senau Oya dan merupakan pelajar tahun 5 di sekolah tersebut.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

 

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet, Adik Syaza tidak mempunyai kemahiran ICT.Pada mulanya, Adik Syaza tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang penggunaan komputer dan internet, walaupun usianya telah mencecah 10 tahun, hal ini kerana beliau tidak terdedah dengan penggunaan komputer dan internet. Pendek kata, Adik Syaza tidak mempunyai asas dalam penggunaan komputer dan internet. 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet dalam kehidupan Adik Syaza ketika beliau mengikuti aktiviti dan kelas yang dijalankan, Adik Syaza kini mengetahui asas penggunaan komputer dan internet. Adik Syaza juga kini mampu memberi tunjuk ajar kepada adik-adiknya dan juga rakan-rakan beliau. Beliau juga aktif mengikuti aktiviti dan kelas yang disediakan di Pusat Internet.

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************

Nama : Dayang Siti Zaharah Bt Awang Abdullah
Umur : 22 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Cik Dayang Siti Zaharah Bt Awang Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dayang berasal dari Kampung Kuala Hilir Oya dan beliau tinggal bersama keluarganya yang kira-kira terletak 2kilometer dari Pusat Internet Kampung Kuala Hilir Oya. Kini, Cik Dayang berusia 22 tahun dan giat menjalankan perniagaan inai beliau sebagai sumber utama pendapatan beliau. Disamping itu, beliau juga membantu perniagaan gerai makanan milik keluarganya iaitu Gerai Sup Tulang yang terletak dihadapan rumah milik keluarganya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam urusan perniagaan beliau, perniagaan beliau tidak diketahui ramai. Hanya ahli keluarga dan rakan terdekat yang mengetahui beliau ada menjalankan perkhidmatan melukis inai terutamanya untuk Majlis Perkahwinan. Pemasaran juga tidak dapat dijalankan secara aktif. Keadaan ini juga mempengaruhi pasaran dan pendapatan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan PI dalam urusan perniagaan melukis inai yang diusahakan oleh beliau, boleh dikatakan pasaran dan pendapatan beliau semakin berkembang. Ini berikutan, aktiviti pemasaran yang aktif terutamanya pemasaran di media social. Pemasaran di media social merupakan faktor utama perniagaan beliau dikenali komuniti setempat malah kouniti dari luar kawasan Daerah Kecil Oya. Tempahan untuk Majlis Perkhawinan juga meningkat sehingga beliau perlu menyediakan jadual tempahan bagi memudahkan beliau mengurus tempahan.

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************

Nama : Hafizah Zara Aqmar
Umur : 11 tahun
Ahli : 2018

 

Latar Belakang

Adik Hafizah Zara Aqmar merupakan ahli Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya pada Julai tahun 2018. Adik Hafizah Zara Aqmar atau lebih dikenali sebagai Adik Zara merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik. Beliau tinggal bersama keluarganya di Kampung Kuala Hilir Oya.Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Datuk Pengiran Mohamad Oya dan merupakan pelajar tahun 5 di sekolah tersebut.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet, Adik Zara tidak mempunyai kemahiran ICT. Adik Zara mula terlibat dengan aktiviti Pusat Internet ketika beliau berusia 9 tahun Pada mulanya, Adik Zara tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang penggunaan komputer dan internet, walaupun usianya telah mencecah 9 tahun, hal ini kerana beliau tidak terdedah dengan penggunaan komputer dan internet. Pendek kata, Adik Zara tidak mempunyai asas dalam penggunaan komputer dan internet. 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet dalam kehidupan Adik Zara ketika beliau berusia 11 tahun, Adik Zara kini mengetahui asas penggunaan komputer dan internet. Adik Zara juga kini mampu memberi tunjuk ajar kepada adik-adiknya dan juga rakan-rakan beliau. Adik Zara boleh dikatakan hampir setiap hari akan mengunjungi Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya dan menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet. Beliau juga aktif mengikuti aktiviti dan kelas yang disediakan di Pusat Internet.

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************