Nama : Rohaslinda Binti Retnadi
Umur : 28 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Puan Rohaslinda Binti Retnadi berasal dari Kampung Kuala Hilir Oya. Beliau tinggal bersama keluarganya di rumahnya yang terletak kira-kira 20 meter dari PI Kg Kuala Hilir Oya. Beliau kini berusia 28 tahun dan merupakan seorang surirumah sepenuh masa.Beliau telah mula menjalankan perniagaan makanan basah sejak tahun 2018 yang diusahakan dirumahnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI Kg Kuala Hilir Oya dan penggunaan ICT dalam perniagaan beliau,perniagaan makanan basah beliau hanya dijalankan dalam skala kecil yang hanya memberi pendapatan sekurang-kurangnya RM20 sehingga RM50 sehari. Kebiasaannya, makanan basah yang dihasilkan seperti cucur pisang, popia carbonara, nasi pulut dan rojak buah akan dihantar ke kedai runcit yang terletak di kampung beliau. Beliau hanya akan mendapat 80% daripada hasil jualan selepas ditolak komisen untuk kedai runcit. Beliau hanya menyediakan dan menjual makanan basah ini pada waktu pagi sahaja dan sebelah petang beiau tidak menjual.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan penggunaan ICT dan penglibatan PI Kg Kuala Hilir Oya dalam perniagaan beliau, beliau dapat menaikkan pendapatan beliau sehingga tiga ke empat kali ganda dari yang sebelum ini. Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya membantu usahawan tempatan seperti Puan Rohaslinda Binti Retnadi dalam memberi tunjuk ajar dan idea dalam memperkembangkan perniagaan beliau melalui kelas dan program mentor-mentee. Kini, Puan Rohaslinda telah menjual sendiri makanan basah yang dihasilkan di hadapan rumahnya dan menjualnya pada waktu pagi dan petang. Malah, beliau juga mula menjual menu lain seperti minuman di gerai milik beliau hasil idea yang diberikan oleh PI Kg Kuala Hilir Oya.Beliau juga aktif mempromosikan perniagaan beliau dalam aplikasi Facebook dan Whatapp.

 

Gambar Di Sini

********************************************************************************* 

Nama : Maizurah Abdullah
Umur : 48 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Maizurah Abdullah merupakan penduduk Kampung Boom Oya yang kira-kira 3km dari Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya. Beliau tinggal bersama keluarganya dan mempunyai 3 orang anak yang kini berusia antara 19 tahun ke 26 tahun. Beliau kini berusia 48 tahun dan merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Suami beliau iaitu Encik Jool bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di sebuah sekolah Daerah Kecil Oya. Beliau telah mula menjalankan perniagaan bakul anyaman beliau sejak 3 tahun lepas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya dan penggunaan ICT dalam perniagaan beliau, perniagaan beliau hanya dijalankan untuk mengisi masa lapang beliau dan untuk mencari pendapatan sampingan. Perniagaan ini juga dijalankan dalam skala yang sangat kecil. Kebiasaanya, jumlah bakul yang dihasilkan beliau adalah dalam 10 buah dalam masa sebulan dan bakul-bakul ini akan dihantar ke Pekan Sabtu untuk dijual. Harga sebuah bakul yang dihasilkan adalah antara RM20.00 sehingga RM40.00 mengikut saiz dan ayaman. Pendapatan beliau dalam menjalankan perniagaan bakul anyaman ini dianggarkan dalam RM200.00 sebulan.Pendapatan perniagaan bakul anyaman beliau bergantung sepenuhnya dari hasil penjualan di Pekan Sabtu Oya di mana Pekan Sabtu Oya hanya akan beroperasi pada hari Sabtu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya dan penggunaan ICT dalam perniagaan beliau, beliau dapat menaikkan pendapatan beliau sehingga dua kali ganda dari yang sebelum ini.Kini anggaran pendapatan beliau dari perniagaan bakul ini adalah antara RM400.00 sehingga RM500 sebulan. Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya membantu usahawan tempatan seperti Puan Maizurah Abdullah dalam mempromosikan produk yang dihasilkan di aplikasi seperti MyShop dan Facebook. Anak beliau juga membantu dalam mempromosikan produk yang dihasilkan di Facebook dan menerima tempahan melalui Facebook. Kini, hasil pendapatan beliau tidak hanya bergantung kepada hasil jualan di Pekan Sabtu Oya, malah juga dari perniagaan atas talian melalui Facebook.

 

Gambar DiSini

*********************************************************************************

 KISAH KEJAYAAN ICT: ABDUL WAFI BIN ABDULLAH 

Nama : Abdul Wafi Bin Abdullah
Umur : 12 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Adik Abdul Wafi Bin Abdullah merupakan ahli Pusat Internet  Kg Kuala Hilir Oya sejak tahun 2018. Adik Abdul Wafi Bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Adik Wafi merupakan anak sulung dari enam adik-beradik. Beliau tinggal bersama keluarganya di Kampung Kuala Hilir Oya. Adik Wafi kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Datu Pengiran Mohamad Oya dan merupakan pelajar Tahun 6 di sekolah tersebut. Adik Wafi juga merupakan salah seorang pelajar PPKI iaitu Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah tersebut.Program tersebut merupakan Pendidikan Khas yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas yang termasuk dalam golongan yang mempunyai masalah penglihatan,pendengaran,serta mempunyai masalah dalam pembelajaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet, Adik Abdul Wafi Bin Abdullah tidak mempunyai kemahiran ICT.Adik Wafi mula terlibat dengan aktiviti Pusat Internet ketika beliau berusia 11 tahun. Pada mulanya, Adik Wafi tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang penggunaan komputer dan internet walaupun usianya telah mencecah 12 tahun, hal ini kerana beliau tidak terdedah dengan penggunaan komputer dan internet.Pendek kata, Adik Wafi tidak mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet dalam kehidupan Adik Wafi ketika beliau berusia 11 tahun, Adik Wafi kini mengetahui asas komputer dan in ternet.Adik Wafi juga kini mampu memberi tunjuk ajar kepada adik-adiknya dan juga rakan-rakan beliau. Adik Wafi boleh dikatakan hampir setiap hari akan mengunjungi Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya dan menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet. Adik Wafi akan menonton Youtube, melayari laman web Kahoot Games, menaip dan sebagainya tanpa meminta tunjuk ajar daripada petugas. Berlainan dari mula-mula Adik Wafi berkunjung ke Pusat Internet ketika beliau berusia 11 tahun di mana beliau memerlukan bantuan petugas Pusat Internet untuk meghidupkan komputer dan sebagainya. 

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************

Nama : Juani Binti Hamdan
Umur : 46 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Puan Juani Binti Hamdan merupakan penduduk di Kampung Kuala Hilir Oya. Beliau yang kini berusia 46 tahun tinggal bersama tiga orang anaknya yang masing-masing berusia antara 19 sehingga16 tahun. Puan Juani seorang suri rumah sepenuh masa dan masa terluang beliau akan digunakan untuk membuat pelbagai jenis kuih kering. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kampung beliau. Malah beliau juga merupakan salah seorang ahli JKKK Kg Kuala Hilir Oya di mana kini beliau memegang jawatan Setiausaha.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Pusat Internet dalam perniagaan beliau, beliau menjalankan perniagaan beliau secara kecil-kecilan dan tidak meluas. Beliau akan menghantar kuih-kuih yang dihasilkan di sebuah kedai runcit di kampung beliau. Pendapatan beliau dari perniagaan beliau tersebut adalah dalam likungan RM100 sebulan. Beliau pada mulanya tidak menjadikan perniagaan beliau tersebut sebagai punca utama pendapatan dalam kata lain hanya menjalankan perniagaan tersebut untuk mengisi masa lapang beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan Pusat Internet dalam perniagaan beliau pada tahun 2014, beliau mendapat suntikan baru dengan menjadikan perniagaan kuih kering beliau sebagai punca pendapatan beliau. Beliau yang merupakan antara ahli pertama PI Kg Kuala Hilir Oya telah mengikuti pelbagai jenis latihan mulai tahun 2014 yang antaranya ialah Kelas Asas Komputer dan Internet, Bengkel Keusahawanan, Bengkel MyShop dan sebagainya. Malah beliau juga mengikuti Program Mentor-Mentee Usahawanita yang dianjurkan oleh PI Kg Kuala Hilir Oya di mana program tersebut berlangsung selama 6 bulan. Hasil daripada penglibatan beliau dalam program-program serta kelas dan bengkel yang dianjurkan oleh PI, beliau kini telah meningkatkan pendapatan beliau sehingga RM500 sebulan. Beliau juga menyatakan beliau tidak dapat memenuhi kesemua permintaan pelanggan beliau terutamanya terhadap Rempeyek kerana beliau belum mempunyai peralatan yang cukup namun pendapatan beliau mulai meningkat.

 

Gambar Disini

********************************************************************************* 

Nama : Rapiah Binti Suhaili
Umur : 63 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Rapiah Binti Suhaili berasal dari Kampung Kuala Hilir Oya. Beliau tinggal bersama keluarganya di rumahnya yang terletak kira-kira 200 meter dari PI Kg Kuala Hilir Oya. Beliau kini berusia 63 tahun dan merupakan seorang surirumah sepenuh masa.Beliau telah mula menjalankan perniagaan kerepek pisang beliau sejak 3 tahun lepas.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Pusat Internet, perniagaan kerepek pisang beliau hanya dijalankan secara kecil-kecilan. Kebiasaannya, kerepek pisang yang dihasilkan oleh beliau akan dihantar ke kedai runcit yang terletak di kampung beliau. Beliau hanya menghasilkan dalam likungan 20 bungkus sehingga 50 bungkus di mana setiap satu berharga RM1.00. Maka, pendapatan beliau sebulan hasil dari perniagaan beliau tersebut adalah dalam likungan RM20.00 sehingga RM50.00. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan Pusat Internet dalam perniagaan beliau, beliau dapat menaikkan pendapatan beliau sehingga tiga ke empat kali ganda dari yang sebelum ini. Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya membantu usahawan tempatan seperti Puan Rapiah Binti Suhaili dalam memasarkan serta mempromosikan produk yang dihasilkan. Beliau akan menghantar kerepek pisang beliau ke PI Kg Kuala Hilir Oya bagi tujuan untuk dijual dan dipromosikan setiap dua kali sebulan. Malah beliau juga mula menghantar kerepek pisang beliau ke kedai-kedai runcit yang lain. Namun, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bahan utama kerepek pisang beliau iaitu buah pisang. Beliau mengambil masa untuk mengisi semula stok kerepek pisang beliau dengan stok baru memandangkan beliau sukar untuk mendapatkan bahan utama tersebut.

 

Gambar Disini

*********************************************************************************

 KISAH KEJAYAAN ICT: MOHD SYAZLAN BIN JUSMAN

Nama : Mohd Syazlan Bin Jusman
Umur : 9 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Adik Mohd Syazlan Bin Jusman atau lebih dikenali sebagai Adik Syazlan merupakan anak ke empat daripada lima adik beradik. Adik Syazlan menetap di Kg Kuala Hilir Oya iaitu bersebelahan dengan Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya. Adik Syazlan kini belajar di SK Datu Pengiran Mohamad Oya dan berada di Kelas Tahun 3. Ayah Adik Syazlan iaitu Encik Jusman Bin Bolhi merupakan pekerja buruh dan ibunya, Puan Radewi Binti Hamdan merupakan suri rumah sepenuh masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Mohd Syazlan merupakan salah seorang ahli yang berdaftar di PI Kg Kuala Hilir Oya yang tidak mempunyai kemahiran malah pengalaman dalam menggunakan komputer khususnya. Adik Syazlan mula mendaftar sebagai ahli PI Kg Kuala Hilir Oya ketika beliau berusia 4 tahun iaitu pada tahun 2014. Penglibatan pertama Adik Syazlan bersama PI Kg Kuala Hilir Oya adalah dalam Program Mari Kenal ICT Bersama Tabika Kemas Kg Kuala Hilir Oya. Pada ketika itu, keseluruhan peserta tidak pernah menggunakan komputer malah tidak pernah menyentuh atau memegang komputer. Namun, peserta atau khususnya Adik Syazlan menunjukkan minat untuk mempelajari ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Program Mari Kenal ICT tersebut, Adik Syazlan sering mengunjungi PI Kg Kuala Hilir Oya. Adik Syazlan dan abangnya, Mohd Syazwan Bin Jusman akan dihantar oleh ibunya ke PI Kg Kuala Hilir Oya. Adik Syazlan akan menggunakan komputer dan biasanya akan melayari Youtube dan bermain permainan pendidikan seperti di laman web Up To Ten serta menggunakan Paint. Adik Syazlan setelah mengikuti pelbagai jenis latihan ICT yang disediakan oleh PI Kg Kuala Hilir Oya serta sering mengunjungi PI dan menggunakan kemudahan komputer dan internet di PI, beliau kini boleh dikatakan telah menguasai penggunaan asas komputer dan internet. Beliau kini mampu mengajar adik dan rakan-rakannya untuk menggunakan komputer dan internet.

 

Gambar Disini

*********************************************************************************

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 1 : SATIA BINTI MOHAMAD

NAMA : CIK SATIA BINTI MOHAMAD
ALAMAT : KAMPUNG KUALA HILIR OYA
AHLI : 2014
BENTUK PERNIAGAAN  : MAKANAN DAN MINUMAN

Cik Satia Binti Mohamad atau Kak Pia merupakan antara penduduk kampong yang terawal mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya iaitu pada tahun 2014. Pada mulanya, Kak Pia mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya adalah untuk mempelajari asas penggunaan komputer dan internet. Beliau hanya datang ke Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya untuk mengikuti kelas ICT dan program seperti Hari Bersama Komuniti dan belum mengambil bahagian dalam kelas Usahawan.

Sebelum penglibatan dan penggunaan ICT, beliau hanya menjalankan perniagaan beliau dengan membuat kuih sepit, membungkus, dan menghantar ke kedai-kedai runcit untuk dijual. Penjualan kuih kering beliau ketika ini tidak melibatkan sebarang penggunaan ICT dan ini menyebabkan jualannya hanya bergantung kepada penjualan di kedai-kedai runcit.

Selepas aktif mengikuti kelas ICT dan program-program Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya, beliau mula tertarik dengan program-program yang melibatkan keusahawanan. Melalui program-program keusahawanan yang dianjurkan di Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya, beliau mula mempelajari tentang asas-asas perniagaan terutamanya pemasaran. Apa yang dipelari beliau, beliau praktikkan dalam perniagaan yang dia jalankan. Beliau mula membuat pemasaran di atas talian terutamanya di media sosial seperti Facebook dan membuka untuk tempahan produk beliau. Selepas mempraktikkan apa yang dia belajar dalam Kursus Usahawan, hasil jualannya meningkat dan tidak bergantung kepada jualan di kedai-kedai runcit sahaja.

 

 

 KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 2 : SARIMAH BINTI BUJANG

NAMA : SARIMAH BINTI BUJANG
ALAMAT : KAMPUNG KUALA HILIR OYA
AHLI : 2017
BENTUK PERNIAGAAN : MAKANAN DAN MINUMAN

Sarimah Binti Bujang atau lebih dikenali sebagai Cik Imah merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau tinggal di Kg Kuala Hilir Oya bersama suaminya dan dua orang anaknya. Beliau yang kini berusia 54tahun telah mula menjalankan perniagaan nasi pulut bermula 3tahun lepas yang dibantu oleh anaknya.

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya dalam perniagaan beliau pada tahun 2017, perniagaan beliau belum dikenali ramai berikutan beliau hanya menjalankan perniagaan secara bukan atas talian.Hasil jualan beliau hanya dalam lingkungan RM100.00 hingga RM150.00 dan musim perayaan hanya mendapat dalam lingkungan RM300.00 – RM400.00 sahaja. Pembeli atau pelanggan hanya terdiri daripada saudara terdekat dan penduduk kampung sahaja.

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya pada tahun 2017, perniagaan beliau mula dikenali dan mendapat sambutan dari komuniti setempat serta orang luar kawasan Daerah Kecil Oya. Beliau dibantu oleh anaknya telah membuat pemasaran atas talian dan ini telah menyumbang sedikit sebanyak dalam jualan beliau. Malah, nasi pulut beliau juga mendapat tempahan untuk majlis-majlis seperti majlis kesyukuran, majlis pertunangan dan sebagainya. Kini, jualan beliau semasa perayaan boleh mencapai RM600.00-RM700.00.

 

  

KISAH KEJAYAAN CELIK IT : NOR AZWAN AMAR BIN NOR AZELAN

NAMA : NOR AZWAN AMAR
UMUR : 13 TAHUN
AHLI : 2014
KEMAHIRAN : ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Adik Nor Azwan Amar Bin Nor Azelan merupakan ahli Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya sejak tahun 2014 iaitu tahun pertama Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya beroperasi .

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet, Adik Nor Azwan Ammar tidak mempunyai kemahiran ICT. Adik Azwan pada mulanya terlibat dengan aktiviti Pusat Internet apabila mengikuti Kelas ICT yang dilakukan oleh petugas PI pada Setiap bulan.Pada mulanya, Adik Azwan tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang penggunaan komputer dan internet.Pendek kata, Adik Azwan tidak mempunyai asas dalam penggunaan komputer dan internet secara betul dan berfaedah.

Selepas penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet , Adik Azwan kini mengetahui asas penggunaan komputer dan internet dengan lebih bermanfaat selain daripada bermain permainan di atas talian “games online”. Adik Azwan juga kini mampu memberi tunjuk ajar  juga kepada rakan-rakan beliau. Adik Azwan boleh dikatakan hampir setiap hari akan mengunjungi Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya dan menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet. Adik Azwan akan menonton Youtube, melayari laman web Kahoot, Portal PI, membuat  ulangkaji pelajaran dan sebagainya tanpa meminta tunjuk ajar daripada petugas. Setelah mengikuti pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh PI,Adik Azwan pandai membezakan bagaimana menggunakan dan mendapat manfaat penggunaan Komputer khasnya Internet selain bermain games online juga menyelesaikan kerja sekolah menggunakan Microsoft Office dengan baik.

 

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 1 : JUNAIDAH BINTI YATI

NAMA    : JUNAIDAH BINTI YATI 
ALAMAT  : KAMPUNG TERUS OYA
AHLI  : 2014
BENTUK PERNIAGAAN   : MAKANAN DAN MINUMAN

Puan Junaidah Yati atau lebih dikenali sebagai Anjang Idah merupakan salah seorang ahli pertama yang mendaftar sebagai Ahli PI KG Kuala Hilir Oya pada tahun 2014. Malah, Anjang Idah juga merupakan Ahli Jawatankuasa PI Kg Kuala Hilir Oya dari tahun 2015. 

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet, Puan Junaidah Yati menjalankan perniagaan beliau secara kecil-kecilan di rumahnya. Puan Junaidah hanya menghantar produk beliau seperti Kuih Telur, Kerepek Gunting, Biskut Siput dan sebagainya ke kedai-kedai runcit yang ada di Daerah Kecil Oya ini. Produk yang beliau hasilkan hanya dibungkus tanpa meletakkan maklumat perniagaan beliau seperti nama perniagaan beliau dan nombor untuk dihubungi. Tempahan terhadap produk beliau hanya dibuat daripada penduduk sekitar rumah beliau kerana komuniti luar tidak mengetahui perniagaan yang beliau jalankan berikutan tiada promosi serta bungkusan produk yang tidak meletakkan maklumat perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet dalam perniagaan yang Puan Junaidah Yati jalankan, beliau mula mendapat tempahan daripada komuniti luar walaupun masih dalam kuantiti yang kecil. Sebelum itu, beliau telah mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya seperti Bengkel Perniagaan Atas Talian, dan Kelas Pemasaran dan Perbankkan Atas Talian. Setelah mengikuti kelas-kelas tersebut, beliau mula meletakkan tanda perniagaan beliau di bungkusan produk beliau yang mana mempunyai nama beliau, alamat serta nombor telefon beliau bagi tujuan tempahan. Selain itu, beliau juga mula menghantar produk-produk yang dihasilkan ke kedai-kedai serta pasar di Daerah Dalat dan Bahagian Mukah.

 

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 2 : MASNI BINTI DARI 

NAMA   : MASNI BINTI DARI
ALAMAT  : KAMPUNG KUALA HILIR OYA
AHLI   : 2016
BENTUK PERNIAGAAN  : MAKANAN DAN MINUMAN

Puan Masni Binti Dari atau lebih dikenali sebagai Kak Ni merupakan penduduk asal Kg Kuala Hilir Oya. Beliau tinggal bersama keluarganya di Kg Kuala Hilir Oya yang rumahnya hanya 50 kilometer jaraknya dari Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya. 

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet Malaysia Kg Kuala Hilir Oya dalam perniagaan beliau pada tahun 2018 ini, perniagaan beliau belum mendapat pasaran di mana disebabkan beliau baru memulakan perniagaan beliau serta tiada pengiklanan serta promosi terhadap perniagaan beliau. Beliau hanya menjalankan perniagaan beliau dalam skala kecil di mana hanya melibatkan proses penghasilan produk dan memasarkan produk beliau di pasaran kampung sahaja. Pasaran yang kecil ini menyebabkan perniagaan beliau tidak mendapat jualan yang tinggi. Malah, perniagaan beliau tidak dijalankan secara atas talian.

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet Malaysia Kg Kuala Hilir Oya pada tahun 2018, perniagaan beliau mula dikenali dan mendapat sambutan dari komuniti setempat serta orang luar kawasan Daerah Kecil Oya. Pada mulanya, beliau menghantar produk beliau ke Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya untuk dijual di Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya dan bermula dari situ, petugas Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya mencadangkan kepada beliau agar produk yang beliau hasilkan diiklankan di media social seperti Facebook serta aplikasi Dashboard Komuniti. Beliau juga mula mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet seperti Program Dashboard Komuniti dan Perniagaan Atas Talian. 

 

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT : NUR ALSHILA QHALSARINA BINTI JAMIL

NAMA  : NUR ALSHILA QHALSARINA BINTI JAMIL
ALAMAT  : KAMPUNG KUALA HILIR OYA
AHLI   : 2014
KEMAHIRAN        : MICORSOFT OFFICE

Adik Nur Alshila Qhalsarina Binti Jamil atau lebih dikenalai sebagai Shila merupakan ahli Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya sejak tahun 2014. 

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet, Shila tidak mempunyai kemahiran ICT. Shila pada mulanya terlibat dengan aktiviti Pusat Internet apabila mengikuti Kelas ICT yang dilakukan oleh petugas PI pada Setiap bulan. Shila tidak pernah terlepas satu sesi kelas ICT kerana beliau mengatakan kemahiran menggunakan komputer sangat diperlukan dan disebabkan itu,Shila mengambil peluang untuk belajar dari asas ke mahir di Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya.

Selepas penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet , Shila kini mengetahui asas penggunaan komputer malah beliau membuat hampir 80% kerja rumah sekolah beliau menggunakan komputer. Shila boleh dikatakan hampir setiap hari akan mengunjungi Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya dan menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet. Selain itu juga,Shila membuat ulangkaji pelajaran bersama rakan yang lain di samping memohon bantuan tunjuk ajar petugas.Setelah mengikuti pelbagai kelas ICT,Shila kini lebih yakin menggunakan komputer untuk menyiapkan segala tugasan kerja sekolah beliau dengan menggunakan pelbagai aplikasi seperti Microsoft Office dan sebagainya untuk membantu beliau dalam menghasilkan hasil kerja yang betul.

  

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 1 : DAYANG RAUDAH BT HJ AWG ZAINAL

NAMA : DAYANG RAUDAH BINTI HJ AWANG ZAINAL
ALAMAT : KAMPUNG KUALA HILIR OYA
AHLI : 2017
BENTUK PERNIAGAAN : MAKANAN DAN MINUMAN

Puan Dayang Raudah Binti Haji Awang Zainal atau lebih dikenali sebagai Mak Odah merupakan seorang usahawan tempatan yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan dan minuman.Beliau berasal dari Kampung Kuala Hilir Oya dimana terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya.

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya dalam perniagaan beliau pada tahun 2017, perniagaan beliau belum mendapat pasaran di mana disebabkan lokasi perniagaan beliau yang terletak di hadapan rumah beliau dan bukan terletak di jalan utama. Malah, pemasaran yang dilakukan juga tidak aktif. Pemasaran yang dijalankan lebih kepada secara bukan atas talian dan ini menyebabkan perniagaan yang dijalankan oleh Mak Odah tidak dikenali ramai.

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya pada tahun 2017, perniagaan beliau mula dikenali dan mendapat sambutan dari komuniti setempat serta orang luar kawasan Daerah Kecil Oya. Mak Odah dengan bantuan Pusat Internet  serta anaknya, Puan Alleya Abdullah telah membuat pemasaran secara atas talian bagi perniagaan Gerai Sup Tulang beliau di laman sosial terutamanya di Facebook. Pendapatan perniagaan Gerai Sup Tulang beliau juga bertambah malah beliau juga mempunyai pelanggan setia.

 

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN  2 : SYAMSIAH BINTI IBRAHIM

NAMA : SYAMSIAH BINTI IBRAHIM
ALAMAT : KAMPUNG KUALA HILIR OYA
AHLI : 2014
BENTUK PERNIAGAAN : MAKANAN DAN MINUMAN

Puan Syamsiah Binti Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Kak Syam merupakan seorang suri rumah. Kak Syam sekeluarga tinggal di Kampung Kuala Hilir Oya dan berdekatan dengan Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya.

Puan Syamsiah Binti Ibrahim mula mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet pada tahun 2014 bersama anak-anaknya iaitu semasa Program Hari Terbuka Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya. Pada mulanya,Puan Syamsiah Binti Ibrahim atau Kak Syam mendaftar sebagai ahli Pusat Internet adalah untuk mendapatkan perkhidmatan dengan kadar caj yang lebih rendah Pada ketika itu, Kak Syam telah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan iaitu dengan menjual kuih-muih di rumahnya. Beliau tidak menjalankan pemasaran secara atas talian, malah pemasaran bukan atas talian juga tidak aktif.

Selepas aktif mengikuti program-program Pusat Internet, beliau mula tertarik dengan program-program yang melibatkan keusahawanan. Melalui program-program keusahawanan yang dianjurkan di Pusat Internet, beliau mula mempelajari tentang asas-asas perniagaan terutamanya pemasaran. Apa yang dipelari beliau, beliau praktikkan dalam perniagaan yang dia jalankan. Beliau mula membuat pemasaran di atas talian terutamanya di media sosial seperti Facebook. Hasil dari pemasaran atas talian beliau jalankan, beliau mula menerima tempahan dari individu di kawasan Daerah Dalat serta agensi-agensi kerajaan serta swasta. Malah, beliau juga telah mula menjual di kawasan yang menjadi tumpuan penduduk dan orang luar seperti Oya Square.

 

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT : WIRDATUL ALLYSSA SAFFIYA BT MOHD ISNANY

NAMA : WIRDATUL ALLYSSA SAFFIYA BT MOHD ISNANY
ALAMAT : KAMPUNG KUALA HILIR OYA
AHLI : 2014
KEMAHIRAN : ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

 

Adik Wirdatul Allyssa Saffiya Binti Mohd Isnany merupakan ahli Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya sejak tahun 2014 iaitu tahun pertama Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya beroperasi dan didaftarkan oleh ibunya, Puan Nur Zahirah Binti Sulhi. Adik Wirdatul Allyssa Saffiya atau lebih dikenali sebagai Adik Allyssa merupakan anak sulung dari dua adik-beradik. Beliau tinggal bersama keluarganya di Kampung Kuala Hilir Oya, malah berdekatan dengan Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya. Adik Allyssa kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Datu Pengiran Mohamad Oya dan merupakan pelajar Tahun 1 di sekolah tersebut.

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet, Adik Wirdatul Allyssa Saffiya Binti Mohd Isnany tidak mempunyai kemahiran ICT. Adik Allyssa pada mulanya terlibat dengan aktiviti Pusat Internet ketika beliau berusia 5 tahun iaitu ketika mengikuti Lawatan Tabika Kemas Kg Kuala Hilir Oya. Lawatan tersebut bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar Tabika Kemas dengan dunia ICT. Pada mulanya, Adik Allyssa tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang penggunaan komputer dan internet, malah pada usianya yang masih bersekolah di Tabika, beliau tidak terdedah dengan penggunaan komputer dan internet. Pendek kata, Adik Allyssa tidak mempunyai asas dalam penggunaan komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet dalam kehidupan Adik Allyssa ketika beliau berusia 5 tahun, Adik Allyssa kini mengetahui asas penggunaan komputer dan internet. Adik Allyssa juga kini mampu memberi tunjuk ajar kepada adiknya yang kini berusia 5 tahun dan juga rakan-rakan beliau. Adik Allyssa boleh dikatakan hampir setiap hari akan mengunjungi Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya dan menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet. Adik Allyssa akan menonton Youtube, melayari laman web UpToTen, melukis dan sebagainya tanpa meminta tunjuk ajar daripada petugas. Berlainan dari mula-mula Adik Allyssa berkunjung ke Pusat Internet ketika beliau berusia 5 tahun di mana beliau memerlukan bantuan petugas Pusat Internet untuk menghidupkan komputer dan sebagainya.