Nama : Ibnu Abas Bin Sufian
Umur : 19 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Ibnu Abas Bin Sufian yang kini berumur 19 tahun merupakan pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Beliau merupakan antara ahli Pusat Internet Kampung Kuala Hilir Oya yang terawal di mana telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada tahun 2014. Beliau yang kini masih menunggu keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia masih giat menjalankan pelbagai jenis perniagaan bagi menampung perbelanjaan seharian. Beliau mula menceburi bidang perniagaan ketika beliau berusia 16 tahun iaitu ketika masih belajar di tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Oya. Beliau tinggal bersama keluarganya di Kampung Kuala Tengah Oya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan beliau yang pada awalnya menjual baju tshirt dan korporat, beliau hanya mendapatkan tempahan daripada rakan sekolah dan komuniti sekitar sahaja. Beliau tidak mempromosikan perniagaannya di media sosial seperti facebook dan Instagram. Kurangnya promosi maka tempahan yang diterima oleh beliau juga kurang. Ini juga memberi kesan kepada pendapatan dari perniagaan beliau. Pada awalnya, dia menjalankan perniagaan ini hanya untuk menampung perbelanjaan persekolahan beliau ketika itu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dalam perniagaan beliau pada awal tahun 2018, perniagaan beliau mula mendatangkan pulangan yang lebih tinggi. Malah, perniagaan beliau juga mula dikenali oleh komuniti sekitar dan luar kawasan. Beliau juga tidak hanya mendapat tempahan dari komuniti sekitar, malah menerima tempahan daripada komuniti luar kawasan Daerah Kecil Oya. Kini, beliau giat menjalankan promosi dan mengurus perniagaan beliau memandangkan beliau baru sahaja menghabiskan pembelajaran di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Beliau kini menjadikan perniagaan beliau sebagai pendapatan utama dan menjalankan perniagaan beliau sepenuh masa.

 

Gambar Disini

*********************************************************************************

Nama : Selina Binti Abu Bakar
Umur : 29 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Selina Bt Abu Bakar merupakan seorang pengusaha makanan seperti kuih-muih, Cheesekut, dan dropship untuk Projek STG.Beliau tinggal bersama suami dan dua orang anaknya di Kampung Boom Oya. Beliau kini berusia 29 tahun dan giat mengusahakan perusahaan kuih muih dan dropship beliau secara bukan atas talian dan atas talian. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perusahaan beliau, perniagaan beliau tidak begitu mendapat sambutan berikutan kurangnya pemasaran dalam perniagaan beliau. Beliau memulakan perniagaan kuih muih dan dropship beliau pada tahun 2017, namun pada awalnya masih belum begitu mendapat sambutan. Tempahan yang beliau terima juga hanya daripada komuniti sekitar dan secara tidak langsung, pendapatan beliau juga tidak tinggi jika dibandingkan dengan pendapatan beliau sekarang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dalam perniagaan beliau pada awal tahun 2019, perniagaan beliau mulai berkembang dan sering menerima tempahan daripada pelbagai pihak selain komuniti setempat seperti tempahan daripada pelbagai agensi serta komuniti luar Daerah Kecil Oya. Tempahan terdapat kuih muih dan cheesekut beliau juga meningkat berikutan beliau juga kini menerima tempahan secara atas talian.Selain itu, beliau juga mempunyai stok yang sedia ada untuk tempahan pelanggan yang berminat dengan Dropship produk STG.

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************

Nama : Nurhanisa Binti Sahmat
Umur : 27 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Cik Nurhanisa Binti Sahmat merupakan seorang pengusaha kuih tart dan tinggal bersama kedua ibubapanya di Kampung Kuala Hilir Oya. Beliau kini berusia 27 tahun dan giat mengusahakan perusahaan kuih tart beliau secara bukan atas talian dan atas talian. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perusahaan beliau, perniagaan beliau tidak begitu mendapat sambutan berikutan kurangnya pemasaran dalam perniagaan beliau. Beliau memulakan perniagaan kuih tart beliau pada tahun 2017, namun pada awalnya masih belum begitu mendapat sambutan. Malah, jumlah variasi kuih tart beliau adalah terhad dan belum menyediakan khidmat dekorasi kuih tart kepada pelanggan beliau. Tempahan yang beliau terima juga hanya daripada komuniti sekitar dan secara tidak langsung, pendapatan beliau juga tidak tinggi jika dibandingkan dengan pendapatan beliau sekarang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dalam perniagaan beliau pada tahun 2018, perniagaan beliau mulai berkembang dan sering menerima tempahan daripada pelbagai pihak selain komuniti setempat seperti tempahan daripada pelbagai agensi serta komuniti luar Daerah Kecil Oya. Tempahan terdapat kuih tart beliau juga meningkat berikutan beliau juga kini menerima tempahan secara atas talian. Selain itu, melalui kemudahan internet, beliau kini mampu menghasilkan pelbagai variasi kuih tart serta mendapat idea pelbagai jenis dekorasi kuih tart melalui enjin carian internet. Kelebihan perniagaan beliau adalah beliau mampu memberikan kuih tart mengikut dekorasi seperti yang diminta oleh pelanggan beliau.

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************

KISAH KEJAYAAN ICT : NUR SHAFFARIENA AMYLEA BINTI AHMADI

Nama : Nur Shaffariena Amylea Binti Ahmadi
Umur : 12 tahun
Ahli : 2019

 

Latar Belakang

Adik Nur Shaffariena Amylea merupakan ahli Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya pada September tahun 2019. Adik Nur Shaffariena Amylea atau lebih dikenali sebagai Adik Amylea merupakan anak sulung dari dua adik-beradik. Beliau tinggal bersama keluarganya di Kampung Kuala Hilir Oya..Adik Amylea kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Datu Pengiran Mohamad Oya dan merupakan pelajar Tahun 6 di sekolah tersebut.Beliau juga merupakan salah seorang pelajar PPKI iaitu Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah tersebut.Program tersebut merupakan Pendidikan Khas yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas yang termasuk dalam golongan yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.Mereka yang termasuk dalam golongan ini adalah antara yang mempunyai masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biological.Selain itu, adik Amylea juga telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beliau merupakan pemegang Kad OKU yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet, Adik Nur Shaffariena Amylea tidak mempunyai kemahiran ICT. Adik Amylea mula terlibat dengan aktiviti Pusat Internet ketika beliau berusia 12 tahun Pada mulanya, Adik Amylea tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang penggunaan komputer dan internet, walaupun usianya telah mencecah 12 tahun, hal ini kerana beliau tidak terdedah dengan penggunaan komputer dan internet. Pendek kata, Adik Amylea tidak mempunyai asas dalam penggunaan komputer dan internet. 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet dalam kehidupan Adik Amylea ketika beliau berusia 12 tahun, Adik Amylea kini mengetahui asas penggunaan komputer dan internet. Adik Amylea juga kini mampu memberi tunjuk ajar kepada adik-adiknya dan juga rakan-rakan beliau. Adik Amylea boleh dikatakan hampir setiap hari akan mengunjungi Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya dan menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet. Adik Amylea akan menonton Youtube, melayari laman web Kahoot Games, menaip, membaca,mengeja dan sebagainya tanpa meminta tunjuk ajar daripada petugas. Berlainan dari mula-mula Adik Amylea mula-mula berkunjung ke Pusat Internet di mana beliau memerlukan bantuan petugas Pusat Internet untuk menghidupkan komputer dan sebagainya.

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************

KISAH KEJAYAAN ICT : WAN MOHAMAD HAKIMI BIN WAN ISMAWI

Nama : Wan Mohamad Hakimi Bin Wan Ismawi
Umur : 11 tahun
Ahli : 2018

 

Latar Belakang

Adik Wan Mohammad Hakimi Bin Wan Ismali merupakan ahli Pusat Internet Oya sejak tahun 2018.Adik Wan Mohammad Hakimi atau lebih dikenali sebagai adik Hakimi merupakan anak nombor dua dari empat adik-beradik.Beliau tinggal bersama keluarganya di Kampung Kuala Hilir Oya.Adik Hakimi kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Datu Pengiran Mohamad Oya dan merupakan salah seorang pelajar PPKI iaitu Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah tersebut.Program tersebut merupakan Pendidikan Khas yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas yang termasuk dalam golongan yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.Mereka yang termasuk dalam golongan ini adalah antara yang mempunyai masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biological.Selain itu, adik Hakimi juga telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beliau merupakan pemegang Kad OKU.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet, Adik Hakimi tidak mempunyai kemahiran ICT.Adik Hakimi mula terlibat dengan aktiviti Pusat Internet ketika beliau berusia 10 tahun.Pada mulanya, Adik Hakimi tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang penggunaan komputer dan internet. Hal ini kerana beliau tidak terdedah dengan penggunaan komputer dan internet dan beliau juga mempunyai sikap yakin diri yang sangat rendah.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet dalam kehidupan Adik Hakimi ketika beliau berusia 10 tahun, Adik Hakimi kini mengetahui asas komputer dan internet.Adik Hakimi juga kini mampu memberi tunjuk ajar kepada adik-adiknya dan juga rakan-rakan beliau.Adik Hakimi sering mengunjungi Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya dan menggunakan kemudahan yang disediakan seperti komputer dan internet.Adik Hakimi juga rajin mengikuti program atau kelas yang di sediakan oleh petugas Pusat Internet dan beliau kini lebih berani dan tampil yakin diri untuk membaca di hadapan kelas berbanding mula-mula beliau mengunjungi Pusat Internet.

 

Gambar Disini

************************************************************************************************