Nama : Suraya Binti Suhaili
Umur : 42 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Puan Suraya Binti Suhaili atau lebih dkenali sebagai Puan Ya, 42 tahun merupakan antara salah seorang ahli Pusat Internet Komuniti Oya. Beliau tinggal di Kampung Kuala Hilir Oya iaitu kira-kira 30 meter dari PIK Oya. Beliau merupakan surirumah tangga sepenuh masa dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan PIK dalam perniagaan beliau, beliau hanya memperkenalkan produk jualan beliau secara manual kepada komuniti sekitar. Beliau hanya menjual kuih kering seperti biskut dan kuih-muih secara kecil-kecilan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT dan mengikuti pelbagai modul kelas usahawan yang ditawarkan oleh PIK Oya, beliau kini aktif menggunakan media sosial seperti Facebook dan Whatsapp sebagai medium untuk beliau mempromosikan produk secara lebih meluas. Beliau juga mendapat tempahan pelbagai kuih-muih daripada komuniti Daerah Kecil Oya. PIK juga membantu dalam mempromosikan perniagaan beliau di laman rasmi Facebook PIK Oya. Pendapatan sehari yang diperolehi beliau dari menjual kuih-muih dan biskut antara RM100.00 – RM200 sehari.

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************