Nama : Delima Binti Suhaili
Umur : 44 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Puan Delima Binti Suhaili atau lebih dkenali sebagai Puan Ima, 44 tahun merupakan antara ahli Pusat Internet Komuniti Oya yang terawal. Beliau tinggal di Kampung Kuala Hilir Oya iaitu kira-kira 30 meter dari PIK Oya. Beliau mempunyai dua orang anak yang bersekolah di sekolah menengah dan seorang lagi masih di sekolah rendah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan PIK dalam perniagaan beliau, beliau bekerja sebagai sebagai jururawat di Klinik Kesihatan Oya dan hanya memperkenalkan produk jualan beliau secara manual kepada rakan-rakan di tempat kerja.Pada mulanya, beliau hanya menjadikan produk jualan tersebut sebagai sumber pendapatan sampingan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT dan mengikuti pelbagai modul kelas usahawan yang ditawarkan oleh PIK Oya, beliau kini aktif menggunakan media sosial seperti Facebook dan Whatsapp sebagai medium untuk beliau mempromosikan produk secara lebih meluas. PIK juga membantu dalam mempromosikan perniagaan beliau di laman rasmi Facebook PIK Oya. Pendapatan sehari yang diperolehi beliau dari menjual produk kecantikan dan juga kesihatan adalah antara RM100.00 – RM200 sehari.

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************