Nama : Siti Nur Haidda Binti Jais
Umur : 18 tahun
Ahli : 2020

 

Latar Belakang

Siti Nur Haidda Binti Jais merupakan ahli Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya pada Ogos tahun 2020.Siti Nur Haidda Binti Jais atau lebih dikenali sebagai Haidda merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik. Beliau tinggal bersama keluarganya di Kampung Tengah Oya.Beliau merupakan seorang pelajar di Asia Metropolitan College Kuching, Sarawak dan kini beliau hanya mengikuti kelas secara atas talian disebabkan kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet, Siti Nur Haidda Binti Jais tidak mempunyai kemahiran ICT.Pada mulanya, Haidda tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang meluas tentang penggunaan komputer dan internet, walaupun usianya kini telah mencecah 18 tahun, hal ini kerana beliau tidak terdedah dengan penggunaan komputer dan internet.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet dalam kehidupan Haidda ketika beliau mengikuti aktiviti dan kelas yang dijalankan, Haidda kini mengetahui asas penggunaan komputer dan internet. Haidda juga kini mampu menjalani kelas secara atas talian dengan lebih mudah. Beliau juga aktif mengikuti aktiviti dan kelas yang disediakan di Pusat Internet. 

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************