Nama : Nur Aqidah Binti Hamdan
Umur : 20 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Cik Nur Aqidah Binti Hamdan atau lebih dikenali sebagai Qidah merupakan seorang pelajar di Universiti Teknologi Mukah cawangan Mukah dan kini menjadi pelajar tahun akhir dalam Diploma Pengajian Perniagaan. Beliau merupakan anak sulung dari empat orang adik beradik.Beliau kini tinggal bersama keluarganya di Kampung Kuala Tengah Oya, kira-kira 6 kilometer dari lokasi Pusat Internet Kampung Kuala Hilir Oya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan beliau pada tahun 2018, perniagaan beliau belum mendapat sambutan kerana beliau masih kurang pengetahuan tentang pemasaran dan penggunaan ICT.Malah, pemasaran yang dilakukan juga tidak aktif. Pemasaran yang dijalankan lebih kepada secara bukan atas talian dan ini menyebabkan perniagaan beliau, Pes Laksa Sarawak masih tidak dikenali ramai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dalam perniagaan beliau mula dikenali dan mendapat sambutan dari komuniti setempat serta orang luar dari kawasan Daerah Kecil Oya.Dengan sedikit pengetahuan tentang penggunaan aplikasi komunikasi seperti Facebook dan Whatsapp mampu membantu perniagaan Cik Aqidah tetap berjalan walaupun berlakunya pandemic Covid-19 yang mana membataskan pergerakkan serta operasi perniagaan. Kini, perniagaan beliau bergantung kepada penggunaan ICT dalam memasarkan produk, mengambil tempahan, mendapatkan stok Pes Laksa dan sebagainya.Beliau juga menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan-pelanggan beliau. Dengan penggunaan ICT dalam perniagaan ini banyak membantu Cik Aqidah dalam meneruskan urusan perniagaan beliau serta mencari pendapatan sampingan untuk beliau dan keluarga. 

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************