Nama : Dayang Siti Zaharah Bt Awang Abdullah
Umur : 22 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Cik Dayang Siti Zaharah Bt Awang Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dayang berasal dari Kampung Kuala Hilir Oya dan beliau tinggal bersama keluarganya yang kira-kira terletak 2kilometer dari Pusat Internet Kampung Kuala Hilir Oya. Kini, Cik Dayang berusia 22 tahun dan giat menjalankan perniagaan inai beliau sebagai sumber utama pendapatan beliau. Disamping itu, beliau juga membantu perniagaan gerai makanan milik keluarganya iaitu Gerai Sup Tulang yang terletak dihadapan rumah milik keluarganya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam urusan perniagaan beliau, perniagaan beliau tidak diketahui ramai. Hanya ahli keluarga dan rakan terdekat yang mengetahui beliau ada menjalankan perkhidmatan melukis inai terutamanya untuk Majlis Perkahwinan. Pemasaran juga tidak dapat dijalankan secara aktif. Keadaan ini juga mempengaruhi pasaran dan pendapatan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan PI dalam urusan perniagaan melukis inai yang diusahakan oleh beliau, boleh dikatakan pasaran dan pendapatan beliau semakin berkembang. Ini berikutan, aktiviti pemasaran yang aktif terutamanya pemasaran di media social. Pemasaran di media social merupakan faktor utama perniagaan beliau dikenali komuniti setempat malah kouniti dari luar kawasan Daerah Kecil Oya. Tempahan untuk Majlis Perkhawinan juga meningkat sehingga beliau perlu menyediakan jadual tempahan bagi memudahkan beliau mengurus tempahan.

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************