Nama : Nur Syaza Binti Patihi
Umur : 10 tahun
Ahli : 2020

 

Latar Belakang

Adik Nur Syaza Binti Patihi merupakan ahli Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya pada Februari tahun 2020. Adik Nur Syaza Binti Patihi atau lebih dikenali sebagai Adik Syaza merupakan anak keempat daripada lima adik-beradik. Beliau tinggal bersama keluarganya di Kampung Senau Hilir Oya.Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Senau Oya dan merupakan pelajar tahun 5 di sekolah tersebut.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

 

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet, Adik Syaza tidak mempunyai kemahiran ICT.Pada mulanya, Adik Syaza tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang penggunaan komputer dan internet, walaupun usianya telah mencecah 10 tahun, hal ini kerana beliau tidak terdedah dengan penggunaan komputer dan internet. Pendek kata, Adik Syaza tidak mempunyai asas dalam penggunaan komputer dan internet. 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet dalam kehidupan Adik Syaza ketika beliau mengikuti aktiviti dan kelas yang dijalankan, Adik Syaza kini mengetahui asas penggunaan komputer dan internet. Adik Syaza juga kini mampu memberi tunjuk ajar kepada adik-adiknya dan juga rakan-rakan beliau. Beliau juga aktif mengikuti aktiviti dan kelas yang disediakan di Pusat Internet.

 

Gambar Di Sini

*********************************************************************************