KISAH KEJAYAAN ICT : WAN MOHAMAD HAKIMI BIN WAN ISMAWI

Nama : Wan Mohamad Hakimi Bin Wan Ismawi
Umur : 11 tahun
Ahli : 2018

 

Latar Belakang

Adik Wan Mohammad Hakimi Bin Wan Ismali merupakan ahli Pusat Internet Oya sejak tahun 2018.Adik Wan Mohammad Hakimi atau lebih dikenali sebagai adik Hakimi merupakan anak nombor dua dari empat adik-beradik.Beliau tinggal bersama keluarganya di Kampung Kuala Hilir Oya.Adik Hakimi kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Datu Pengiran Mohamad Oya dan merupakan salah seorang pelajar PPKI iaitu Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah tersebut.Program tersebut merupakan Pendidikan Khas yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas yang termasuk dalam golongan yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.Mereka yang termasuk dalam golongan ini adalah antara yang mempunyai masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biological.Selain itu, adik Hakimi juga telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beliau merupakan pemegang Kad OKU.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet, Adik Hakimi tidak mempunyai kemahiran ICT.Adik Hakimi mula terlibat dengan aktiviti Pusat Internet ketika beliau berusia 10 tahun.Pada mulanya, Adik Hakimi tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang penggunaan komputer dan internet. Hal ini kerana beliau tidak terdedah dengan penggunaan komputer dan internet dan beliau juga mempunyai sikap yakin diri yang sangat rendah.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet dalam kehidupan Adik Hakimi ketika beliau berusia 10 tahun, Adik Hakimi kini mengetahui asas komputer dan internet.Adik Hakimi juga kini mampu memberi tunjuk ajar kepada adik-adiknya dan juga rakan-rakan beliau.Adik Hakimi sering mengunjungi Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya dan menggunakan kemudahan yang disediakan seperti komputer dan internet.Adik Hakimi juga rajin mengikuti program atau kelas yang di sediakan oleh petugas Pusat Internet dan beliau kini lebih berani dan tampil yakin diri untuk membaca di hadapan kelas berbanding mula-mula beliau mengunjungi Pusat Internet.

 

Gambar Disini

************************************************************************************************