KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 1 : SATIA BINTI MOHAMAD

NAMA : CIK SATIA BINTI MOHAMAD
ALAMAT : KAMPUNG KUALA HILIR OYA
AHLI : 2014
BENTUK PERNIAGAAN  : MAKANAN DAN MINUMAN

Cik Satia Binti Mohamad atau Kak Pia merupakan antara penduduk kampong yang terawal mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya iaitu pada tahun 2014. Pada mulanya, Kak Pia mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya adalah untuk mempelajari asas penggunaan komputer dan internet. Beliau hanya datang ke Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya untuk mengikuti kelas ICT dan program seperti Hari Bersama Komuniti dan belum mengambil bahagian dalam kelas Usahawan.

Sebelum penglibatan dan penggunaan ICT, beliau hanya menjalankan perniagaan beliau dengan membuat kuih sepit, membungkus, dan menghantar ke kedai-kedai runcit untuk dijual. Penjualan kuih kering beliau ketika ini tidak melibatkan sebarang penggunaan ICT dan ini menyebabkan jualannya hanya bergantung kepada penjualan di kedai-kedai runcit.

Selepas aktif mengikuti kelas ICT dan program-program Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya, beliau mula tertarik dengan program-program yang melibatkan keusahawanan. Melalui program-program keusahawanan yang dianjurkan di Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya, beliau mula mempelajari tentang asas-asas perniagaan terutamanya pemasaran. Apa yang dipelari beliau, beliau praktikkan dalam perniagaan yang dia jalankan. Beliau mula membuat pemasaran di atas talian terutamanya di media sosial seperti Facebook dan membuka untuk tempahan produk beliau. Selepas mempraktikkan apa yang dia belajar dalam Kursus Usahawan, hasil jualannya meningkat dan tidak bergantung kepada jualan di kedai-kedai runcit sahaja.

 

 

 KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 2 : SARIMAH BINTI BUJANG

NAMA : SARIMAH BINTI BUJANG
ALAMAT : KAMPUNG KUALA HILIR OYA
AHLI : 2017
BENTUK PERNIAGAAN : MAKANAN DAN MINUMAN

Sarimah Binti Bujang atau lebih dikenali sebagai Cik Imah merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau tinggal di Kg Kuala Hilir Oya bersama suaminya dan dua orang anaknya. Beliau yang kini berusia 54tahun telah mula menjalankan perniagaan nasi pulut bermula 3tahun lepas yang dibantu oleh anaknya.

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya dalam perniagaan beliau pada tahun 2017, perniagaan beliau belum dikenali ramai berikutan beliau hanya menjalankan perniagaan secara bukan atas talian.Hasil jualan beliau hanya dalam lingkungan RM100.00 hingga RM150.00 dan musim perayaan hanya mendapat dalam lingkungan RM300.00 – RM400.00 sahaja. Pembeli atau pelanggan hanya terdiri daripada saudara terdekat dan penduduk kampung sahaja.

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya pada tahun 2017, perniagaan beliau mula dikenali dan mendapat sambutan dari komuniti setempat serta orang luar kawasan Daerah Kecil Oya. Beliau dibantu oleh anaknya telah membuat pemasaran atas talian dan ini telah menyumbang sedikit sebanyak dalam jualan beliau. Malah, nasi pulut beliau juga mendapat tempahan untuk majlis-majlis seperti majlis kesyukuran, majlis pertunangan dan sebagainya. Kini, jualan beliau semasa perayaan boleh mencapai RM600.00-RM700.00.

 

  

KISAH KEJAYAAN CELIK IT : NOR AZWAN AMAR BIN NOR AZELAN

NAMA : NOR AZWAN AMAR
UMUR : 13 TAHUN
AHLI : 2014
KEMAHIRAN : ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Adik Nor Azwan Amar Bin Nor Azelan merupakan ahli Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya sejak tahun 2014 iaitu tahun pertama Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya beroperasi .

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet, Adik Nor Azwan Ammar tidak mempunyai kemahiran ICT. Adik Azwan pada mulanya terlibat dengan aktiviti Pusat Internet apabila mengikuti Kelas ICT yang dilakukan oleh petugas PI pada Setiap bulan.Pada mulanya, Adik Azwan tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang penggunaan komputer dan internet.Pendek kata, Adik Azwan tidak mempunyai asas dalam penggunaan komputer dan internet secara betul dan berfaedah.

Selepas penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet , Adik Azwan kini mengetahui asas penggunaan komputer dan internet dengan lebih bermanfaat selain daripada bermain permainan di atas talian “games online”. Adik Azwan juga kini mampu memberi tunjuk ajar  juga kepada rakan-rakan beliau. Adik Azwan boleh dikatakan hampir setiap hari akan mengunjungi Pusat Internet Kg Kuala Hilir Oya dan menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet. Adik Azwan akan menonton Youtube, melayari laman web Kahoot, Portal PI, membuat  ulangkaji pelajaran dan sebagainya tanpa meminta tunjuk ajar daripada petugas. Setelah mengikuti pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh PI,Adik Azwan pandai membezakan bagaimana menggunakan dan mendapat manfaat penggunaan Komputer khasnya Internet selain bermain games online juga menyelesaikan kerja sekolah menggunakan Microsoft Office dengan baik.