KELUPIS

Apa itu Nasi Pulut Kelupis?

Nasi Pulut Kelupis adalah satu jenis makanan yang wajib penduduk sekitar sediakan semasa perayaan Hari Raya Puasa khususnya. Nasi Pulut Kelupis ini merupakan nasi pulut yang akan disarung dengan Daun Palas. Antara perisa yang boleh didapati dari pengusaha tempatan Nasi Pulut Kelupis iaitu Cik Imah ialah perisa original, pandan, kunyit dan gula melaka. Harga yang dikenakan bagi 1batang Nasi Pulut Kelupis ialah biasanya RM1.00. Jadi, bagi sesiapa yang ingin merasa atau ingin menempah Nasi Pulut Kelupis, anda boleh hubungi Cik Imah di talian 013-8173760.